HIBURAN
Isteri ‘Throwback’ Foto Bersama Fizo Omar, Syukur Bakal Timang Bayi Keempat - “Dalam Masa 4 Tahun…”
Isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar, Fazeera Nazri mencuri tumpuan apabila berkongsi foto ‘throwback’ mereka baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fazeera memuat naik dua buah foto dia dan Fizo pada empat tahun lalu dan foto terkini mereka bersama anak-anak.
“Throwback 4 years ago versus now. In 4 years, Allah granted us with 3 beautiful children, and upcoming another one soon,” tulis Fazeera syukur.
Fizo dan Fazeera kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata keempat.
Untuk info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar Bangga Isteri Berjaya Genggam 1st Class Degree Dalam Bidang Pendidikan, Kagum Pengorbanan Belajar Sambil Mengandung - “You Did It & Prove It”
Must-Watch Video