,
Berita

Isteri Sultan Kelantan Sedia Punyai Ramai Anak

Amri Hassan
27/06/2019
03:29 MYT
Isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra bersedia seandainya dikurniakan cahaya mata yang ramai.
Jelasnya, menjadi ibu merupakan perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya apatah lagi selepas melahirkan putera sulungnya, Ismail Leon sebulan lalu.
"Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas.
"Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu.
"Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.
Sementara itu, Rihana turut berkongsi kisah cahaya mata sulungnya, Ismail Leon yang susut berat badannya akibat penyakit kuning.
"Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar.
"Berat badan si Leo jatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning.
"Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan.
"Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2 hingga 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan dalam pelukan ibunya.
"Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur... kadang-kadang," ceritanya lanjut.

Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. Berat badan si Leo menjatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan. Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 - 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya. Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur ... kadang-kadang. Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibubapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya. One month ago I became mother of beautiful little baby Ismail Leon My life has changed forever. Child is a great happiness and at the same time it is a huge responsibility. Leo lost too much weight during the first few weeks of his life. He also had jaundice. At the beginning I didn’t pay attention on it because i thought he was born with yellow skin. Alhamdullilah, by one month old he recovered from it and gained the necessary weight in plus 1 kg. Now Leo eats every 2.5 - 3 hours, he sleeps good, especially when it is fresh air outside and he enjoys cuddling very much. Actually he is wonderful and very calm child. I was afraid that It would be impossible for me to sleep at nights, but I had already get used to his timing and even manage to sleep... sometimes My fears about motherhood were unnecessary, this is the most beautiful period in the life of any woman, and what is most important, (continue below) ??

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Oksana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.
Pasangan itu dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Baru Umur 3 Tahun, Rihana Petra Dah Masukkan Ismail Leon Ke Sekolah Tadika - “Dia Masih Menyesuaikan Diri”

gempak
23/09/2022
11:26 MYT
Belajar pandai-pandai tau!
Laman Utama

Sultan Kelantan Berkenan Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Isteri Baginda

gempak
02/08/2022
06:34 MYT
Sultan Kelantan Lantik Sultanah
Laman Utama

Sultan Kelantan Buka Istana Untuk Rakyat Terima Vaksin, Netizen Beri Pujian - “Terbaik, Daulat Tuanku”

gempak
02/08/2021
09:28 MYT
Semoga berjalan lancar.
Laman Utama

Sultan Kelantan Sumbang RM1 Juta Kepada Golongan Memerlukan Yang Terjejas Total Lockdown

gempak
04/06/2021
02:01 MYT
Alhamdulillah berkongsi rezeki.
Berita

"Saya Boleh Berubah Daripada Ceria Menjadi Sangat Tertekan Sampai 10 Kali Sehari" - Rihana Oksana

gempak
03/09/2019
23:27 MYT
Unitar