,
Laman Utama

Isteri Rahmat Rabbani Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Fiza Kamarudin
31/01/2021
09:30 MYT
Anggota kumpulan nasyid Rabbani iaitu Rahmat berkongsi berita sedih mengenai isterinya, Norazlina A Rahman yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Rahmat atau nama sebenarnya Ahmad Shafie berkata Norazlina, 49, dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas pada Rabu lalu.
"Isteri saya meninggal dunia pada jam 5.25 pagi tadi di Hospital Selayang. Punca kematian adalah akibat Covid-19. Pada masa sama, isteri saya juga menghidap masalah buah pinggang dan darah tinggi," katanya.
Menurut Rahmat, dia juga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di rumah.
"Saya disahkan positif selepas menjalani ujian calitan (swab) pada 11 Januari. Tapi, kuarantin di rumah bersama isteri dan empat anak kami.
"Setakat ini, anak-anak saya masih lagi negatif dan mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala," katanya.
Sebelum ini, Allahyarham Norazlina juga dilaporkan mengalami kelumpuhan separuh anggota badan selepas jatuh di bilik air pada Mac tahun lalu.
[[BACA: Tiada Punca Pendapatan Isteri Lumpuh Separuh Badan, Rahmat Rabbani Diduga]]
Jenazah Allahyarham Norazlina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara pada jam 2 petang tadi.
Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Nur Aliah Natasha, 22, Mohd Arif Iskandar, 21, Mohd Arif Haikal, 19 dan Mohd Risqy, 12.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.