,
Laman Utama

Isteri Pertama Rahim Sepahtu Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu - “Mustahil Kalau Saya Kata Tidak Sedih”

Asyikin Mayudin
29/08/2023
03:45 MYT
Isu poligami masih menjadi perbualan hangat, sebagai individu yang sudah lama menjalani kehidupan bermadu, isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu aitiu Norazlin berkongsi pengalamannya.
Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memaklumkan bakal bernikah sekali lagi.
“Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih. Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu.
“Macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.
“Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian bula diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.
Hanya memilkirkan anak-anak, Kolin berkata dia pegang dengan pesanan ibunya yang menjadi sumber kekuatan ketika itu.
“Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).
“Waktu berlaku itu saya sayang suami, tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” ujarnya.
Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.
Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.
Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
BACA SINI: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan Pun Bersuap”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

gempak
01/09/2024
09:28 MYT
'Doakan saya, ujian saya sangat berat'. Itu reaksi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah Azhari berkaitan tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Viral

Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah

gempak
20/08/2024
09:55 MYT
Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas mengaku punya tiga isteri. orang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas mengaku punya tiga isteri. Memiliki tiga isteri mungkin bukan satu hal luar biasa namun Umar Kei menyita perhatian ramai apabila mendedahkan punya 24 anak hasil polimagi.
Hiburan

Laudya Cynthia Bella Didakwa Jadi Isteri Ketiga Ustaz Terkenal Indonesia?

gempak
28/07/2024
07:30 MYT
Nama pelakon cantik Laudya Cynthia Bella sedang menjadi bualan hangat peminat di Indonesia selepas didakwa telah mengakhiri zaman janda dengan seorang ustaz.
Berita

Poligami: Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan

gempak
17/06/2024
23:55 MYT
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.