HIBURAN
Isteri Pemandu E-Hailing Terkejut Tengok ‘History’ Google Suami, Siap Ada Rakaman Punggung Pelanggan Wanita - “Memang Jijik!”
Tular perkongsian seorang isteri meluahkan rasa kecewa selepas menemui pelbagai bukti mencurigakan dalam telefon bimbit suaminya yang berkerja sebagai pemandu e-hailing.
Pertama kali memeriksa telefon bimbit selepas mendirikan rumah tangga, individu itu terkejut apabila terdapat rakaman punggung pelanggan wanita yang dirakam suaminya ketika sedang berkerja.
Menurut wanita berkenaan, kecurigaannya terbukti apabila mendapati suaminya aktif melayari laman dan aplikasi berunsur lucah untuk melakukan panggilan video bersama individu tidak dikenali.
Lebih mengejutkan, sejarah carian suaminya juga menunjukkan kata kunci seperti ‘rumah merah Johor Bahru’, ‘urut JB Pasir Gudang’ serta beberapa motel murah yang sering dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral.
“Saya mula periksa telefon dia masa dia tertidur. Kami baru kahwin dan baru dapat anak, tapi saya dapat tahu semua ni dah berlaku sejak saya mengandung tiga bulan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Malah, wanita itu turut menemui foto dan video yang dipercayai dirakam secara senyap oleh suaminya semasa menjalankan tugasan Grab, khususnya bahagian punggung pelanggan wanita, terutamanya warga asing yang berpakaian seksi atau berbaju tidur.
“Memang jijik. Dalam banyak-banyak gambar, perempuan Melayu cuma dua tiga orang, selebihnya wanita asing. Mungkin itu fetish dia, saya pun tak tahu.
“Saya tak jumpa bukti kukuh yang dia berzina, tapi apa yang saya temui ni pun dah cukup buat saya trauma,” katanya.
Menjengah ke komen, ada netizen bertanya sama ada suaminya menunaikan solat, memandangkan perbuatan itu bertentangan dengan nilai agama.
“Maaf awk nak tanya suami awak sembahyang tak? Saya jujur nak tahu menda macam ni boleh jadi jugak ke kat suami-suami yang sembahyang.. risau depan kita ni baik,” soal seorang netizen.
Wanita itu menjawab bahawa suaminya bukan sahaja menunaikan solat, malah rajin mengaji al-Quran. Namun, katanya, dosa tetap dosa walaupun seseorang itu menjaga amal ibadahnya.
“Bukan takat sembahyang sis, siap ngaji baca quran tau. tapi itulah, yg jaga solat ke org alim pun mesti buat dosa jadi siapa la kita nk kaitkan benda tu sbb tu mmg perintah Allah. dosa tetap dosa, solat tetap solat ha begitulah pendirian suami,” jawabnya.
Hantaran tersebut mendapat ribuan reaksi dan perkongsian daripada pengguna Thread lain, yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan serta mengecam perbuatan suaminya yang dianggap tidak berakhlak walaupun bergelar suami dan bapa.
Sumber: Thread
Must-Watch Video