HIBURAN
Isteri Kunci Mulut, Edika Yusof Pula Nak Mohon Sesi Kaunseling - “Kalau Orang Dah Minta Cerai…”
Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sekitar pukul 9.44 pagi pada Rabu bagi sebutan kedua proses perceraian terhadap suaminya.
Menurut Nor Hidayah Yusri, 47, dia hanya berharap urusan perceraiannya dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya tak dapat bagitahu apa-apa lagi, kena tunggu selepas ini dan saya harap urusan dapat diselesaikan.
“Kita tengok apa yang jadi nanti, minta maaf saya tak boleh cakap apa apa lagi” katanya kepada Gempak.
Ketika ditanya mengenai dakwaan suaminya yang tidak menerima surat dari peguam pihak plantif, Hidayah bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.
Sementara itu, Edika yang hadir pada sekitar 10 pagi berkata dia mahu memohon kerjasama pihak mahkamah untuk sesi kaunseling dan nasihat pakar.
“Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan sebab apabila membabitkan isu mental, kita serahkan pada yang pakar. Kalau dia tak okay juga kita berikan apa yang dia nak.
“Kalau orang dah minta cerai, kita tak nak teruskan, buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang. Saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga. Kita kena kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita.
“Mungkin ada silap saya, saya pun tak menyalahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tapi dia yang tak nak,” katanya.
Pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketika ditanya apakah faktor Hidayah memfailkan perceraian, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Must-Watch Video