Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah terhadap isteri keduanya yang didakwa mahu membolot harta selepas melahirkan anak sulungnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram nya, memaparkan tangkap layar hantaran seorang individu yang menitipkan ucapan tahniah kerana sudah menimang cahaya mata bersama isteri kedua.
Malah individu tersebut turut mendakwa anak tersebut sebagai pewaris perniagannya.
“Tahniah Ika dan Khal(Tesla) telah menimang cahayamata putera yang pertama sebagai pewaris Khal Legacy. Semoga dengan kehadiran Khal Junior akan mengekalkan ikatan perkahwinan anda hingga ke Jannah,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, Abang Tesla meluahkan rasa kecewa apabila tindakan individu berkenaan telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menuduh isteri keduanya mahu membolot harta.
“Di sebabkan posting orang ni wife no 2 saya dituduh untuk bolot harta. Saya taktahu kenapa dia perlu menaip macam ni untuk wish. Wife saya memang tiada update apa-apa.
“Bini saya tengah dekat hospital. macam mana nak buat lagi. Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya.Tapi org luar yang update kat media. menyampaikan sane sini,” tulisnya.
Berhenti fitnah
Sedaya upaya menjaga hati kedua-dua pihak, Abang Tesla turut meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan fitnah terhadap isteri keduanya.
“Saya dah cuba jaga segala sudut. Saya harap jangan buat fitnah yg bukan-bukan. Saya dah tutup mulut ketat-ketat dah untuk jaga hati masing-masing,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi pada Ogos tahun lalu.
Menurut Abang Tesla dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.