HOLLYWOOD
Isteri Buat Ozzy Osbourne Terlepas Uji Bakat Pirates of the Caribbean: “Kesilapan Besar”
Isteri kepada rocker Ozzy Osbourne, Sharon Osbourne mendedahkan ada satu penyesalan yang telah dilakukannya beberapa tahun lampau.
Sebagai pengurus kepada Ozzy yang juga vokalis Black Sabbath, Sharon mendedahkan suaminya pernah menerima tawaran menjalani uji bakat filem fenomena, Pirates of the Carribean.
Bagaimanapun dia menolak tawaran tersebut tanpa memberitahu kepada sesiapa.
“Tahu tak apa kesilapan terbesar yang pernah saya buat terhadap Ozzy?
“Dia dapat tawaran uji bakat Pirates of Caribbean tapi saya terus menolaknya. Saya juga tidak beritahu kepada sesiapa tentang tawaran tersebut. Itulah kesilapan terbesar saya,” ujar Sharon seperti dilaporkan People.
Sharon mendakwa tawaran tersebut datang Johnny Depp mencari seorang lanun yang akhirnya dimainkan oleh seorang legenda rock, Keith Richards. Richards muncul dalam siri Pirates of the Caribbean: At World's End dan Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides as Captain Teague.
Meski terlepas peluang yang disifatkan sebagai kesilapan besar, Sharon menerima tawaran berlakon buat Ozzy menerusi kemunculan dalam Austin Powers in Goldmember, Little Nicky dan episod dalam Crime Scene: Investigation.
Must-Watch Video