Hiburan
Isteri Aslam Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? - "Semakin Ikhlas Semakin Tenang"
Madu kepada Marissa Dania, Misya Mazlan akhirnya bersuara selepas beberapa hari berdiam diri susulan kontroversi pernikahan suaminya, Aslam di Thailand.
BERITA TRENDING: Isteri Aslam Komen Tuduhan Kahwini Marissa Di Thailand
BERITA TRENDING: Marissa Dania Hakim, Aslam Didakwa Nikah Senyap-Senyap Di Thailand?
Tulis Misya di ruangan Instagram Storiesnya, dia belajar untuk berlapang dada dan ikhlaskan takdir yang dilaluinya."Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.
"Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci," ujarnya.
Misya turut berterima kasih kepada doa dan kata-kata semangat daripada warganet.
"Terima kasih untuk doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah," tambahnya.
PILIHAN PEMBACA: Kakak Ipar Sahkan Marissa & Aslam Dah Nikah Di Siam, Netizen Tanya: “Ni Ke Maksud Kifarah Tu?”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.Must-Watch Video