gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
HIBURAN
"Bukan Semua Tiri Itu Jahat" - Shila Amzah Titip Kata-Kata Buat Ubai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Isteri Amy Search Kongsi Foto Hadir Ke IPD Shah Alam

Umirah Halim
Umirah Halim
16/07/2025
06:17 MYT
Sponsor Banner
Isteri Amy Search Kongsi Foto Hadir Ke IPD Shah Alam
Isteri kepada penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan menarik perhatian warganet apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan kehadiran mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, pagi Rabu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish memuat naik gambar yang memaparkan dia dan Amy berdiri bersama tiga individu lain di hadapan bangunan IPD tersebut.
“Dengan Dato Reza dan Datin Riza yang dihormati, seronok dapat berjumpa dengan anda berdua. Terima kasih., ” tulisnya ringkas pada kapsyen gambar berkenaan.
Difahamkan, dua daripada individu yang turut serta merupakan peguam.
Namun begitu, tiada sebarang penjelasan lanjut dikongsikan Nourish berhubung tujuan kehadiran mereka ke balai polis itu.
Terdahulu, pada 10 Julai lalu, penyanyi popular Shila Amzah telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda.
Beberapa hari selepas itu, Shila mengesahkan bahawa individu yang dimaksudkan adalah Amy Search, iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.
Susulan laporan berkenaan, pihak polis memanggil kedua-dua belah pihak untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
Menurut siasatan awal, insiden didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang dikatakan mencampuri urusan keluarganya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Amy atau pihak peguam berhubung perkembangan terbaharu kes tersebut.
Topic Berkaitan
#Search
#Isteri
#Polis
#Amy
#Hadir
#ipd
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement