HIBURAN
Isteri Along Cham Tenang, Dah Ready Selesaikan Masalah Rumah Tangga Yang Lama Tertangguh - “Tak Sabar Nak Settlekan Semua!”
Isteri pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menyatakan sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan berhubung rumah tangga mereka.
Tak sabar nak selesaikan kemelut
Menurut Afreena atau lebih mesra disapa Feena berharap kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja malah saya sendiri sudah tidak sabar untuk selesaikan semuanya.
“Keluarga juga sentiasa memberi sokongan dan rakan-rakan sekerja pun sama, mereka mendoakan yang baik baik sahaja.
“Perkara ini sudah lama sangat tertangguh jadi apa yang boleh saya katakan, saya sudah sangat bersedia untuk selesaikannya,” katanya ketika dihubungi Gempak pada Ahad.
Harap tiada provokasi
Dalam pada itu, Feena juga berharap tidak ada sebarang provokasi berlaku sebaik sahaja kes tersebut selesai selepas ini.
“Selepas semuanya selesai kelak, saya harap tolong jangan ada sebarang provokasi memburukan dan mengaibkan masing-masing (untuk pihak sebelah sana),” ujarnya ringkas.
Sebutan kes lafaz taklik pasangan itu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin.
Feena juga menyatakan akan memberi kerjasama penuh terhadap kes mereka di mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Along Cham Sound Selebriti Jaja Cerita Buruk Dalam Live - "Tolong Hentikan! Awak Tak Hidup Dengan Saya"
ARTIKEL BERKAITAN:Afreena Suhaimi ‘Signing Off’, Anggap Along Cham Suami Hebat - “Saya Bersyukur Kerana Allah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Mak Lampir & Scammer RM100K, Afreena Suhaimi Tetap Sayang Along Cham - “Terima Kasih Suamiku Untuk Semua Ini”
ARTIKEL BERKAITAN:"Tak Kisah Apa Orang Cakap, Saya Akan Sentiasa Berada Di Sisi" - Isteri Along Cham
ARTIKEL BERKAITAN:Dah Terlalu Penat, Isteri Along Cham Anggap Allah Beri Ujian Terbesar - “Saya Janji Pada Awak, Kita Akan…”
Pada 28 Januari lalu Along mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan lafaz taklik terhadap Feena.
Dia kemudian diminta untuk melakukan urusan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana alamat rumahnya dalam daerah berkenaan.
Untuk rekod, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024.
Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua mereka.
Must-Watch Video