,
Laman Utama

Ismail Sabri Dahului Pegawai Tertinggi ATM Terima Suntikan Vaksin COVID 19, Hari Ini

Maliah Surip
26/02/2021
02:20 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera (HAT)Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi. Ismail Sabri yang tiba sekitar pukul 9.09 pagi melalui lima stesen untuk menjalani proses vaksinasi tersebut.
Ia termasuk melalui saringan gejala dan suhu dan stesen pemerhatian selepas diberikan suntikan vaksin COVID-19.
Turut menerima suntikan pada hari ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha, Datuk Seri Muez Abd Aziz.
Selain itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; serta Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
Dijangka sebanyak 162 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima suntikan vaksin, hari ini.
Seramai 42,120 anggota ATM di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.