,
Laman Utama

Ismail Sabri Arahkan KKM Beri Rawatan Terbaik Kepada Najib

Izwan Isa
12/09/2022
22:50 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan arahan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberi rawatan terbaik kepada Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi satu hantaran ciapan di Twitter, Ismail Sabri turut mendoakan agar Najib diberikan kesembuhan atas masalah kesihatan yang sedang dihadapinya. "Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Dato’ Sri Najib Tun Razak.
"Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau.
"Saya doakan semoga beliau diberikan kesembuhan," tulis beliau.
Semalam, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.
Susulan keadaan tersebut, Najib yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang memohon untuk pemerhatian di HKL.
Permohonan itu, bagaimanapun, didakwa ditolak oleh pegawai perubatan yang merawatnya. Sementara itu, KKM mengesahkan ubat yang diberikan kepada Najib semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan kementerian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu juga berada dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan pada 9 September lalu.
Dr Noor Hisham memaklumkan, Najib telah dimasukkan ke HKL pada hari Jumaat sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

gempak
30/03/2024
09:21 MYT
Villa Nur Jannah terletak di Janda Baik, Pahang dengan keluasan 4,000 kaki persegi.
Berita

“Tak Sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar" - Ismail Sabri

gempak
15/02/2024
12:30 MYT
Ilmu tak mengenal usia
Berita

Najib Dapat Pengampunan, Bebas Pada Tahun 2028

gempak
02/02/2024
08:26 MYT
Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028
Laman Utama

Nazir Razak Nikahi Pengasas Kosmetik Yati Zainuddin - "Kami Pernah Berkawan Ketika Belajar Di UK, Takdir Mempertemukan Semula ..."

gempak
18/11/2023
00:56 MYT
Sekalung tahniah!
Laman Utama

Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ketiga Pada Tarikh Bapa Dihukum Penjara, Anak Najib Razak Mohon…

gempak
24/08/2023
00:50 MYT
Ini pesanan Yana Najib