,
Laman Utama

Isma Yusof Mengaku Pondan... - "Korang Terpedaya Dengan Lakonan Saya"

Asraf Aided
03/02/2021
16:05 MYT
Pelakon yang kini bergelar pengarah, Isma Yusoof tampil membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang transgender atau pondan.
Menurut Isma, dia sudah berperwatakan lembut sejak kecil, namun ramai yang tidak mengetahui kerana dikaburi oleh lakonannya yang sering membawa watak lelaki sejati.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Let me tell you straight guys, ya saya memang pondan, saya memang dari kecil dari azali, kalau korang tengok gambar saya masa kecil, memang dah pose macam pondan dah.
"Cuma, korang semua tengok lakonan saya, of course bila saya masuk industri saya diberi watak lelaki sejati, watak LGBT saya ada lakukan dua kali.
"Korang terpedaya dengan lakonan saya, korang rasa saya straight, apabila saya keluar nampak saya lembut dan terkejut," katanya dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Isma mengatakan dia gembira dan berasa cukup dengan sifat fizikalnya tanpa perlu mengubah untuk kelihatan seperti wanita.
"Ada juga yang mempersoalkan suara dan raut wajah saya yang jantan tak macam muka Sajat lah atau pondan yang makan hormon, kenapa nak makan hormon?
"Saya gembira dengan muka, badan dan suara saya, kenapa saya nak kena tukar? saya terima diri saya sebagai pondan.
"Saya memang takda nafsu pada wanita, jangan ada pula wanita yang nak cuba ubah saya, saya transgender woman dalam diri saya wanita," katanya lagi.
Ekoran itu, Isma berharap agar tiada lagi pihak yang terus mempersoalkan tentang apa-apa yang berkaitan fizikal dan suaranya.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Isma meninggalkan respon positif dan memuji hasil karyanya dalam bidang seni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.