,
Laman Utama

Irwansyah Pula Positif COVID-19, Mungkin Berjangkit Dari ...

Faizal Saharuni
14/07/2021
02:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah, 36, memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 menerusi perkongsian video di akaun YouTube, The Sungkars Family semalam.
Waktu sama, pelantun lagu Pencinta Wanita itu menyatakan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang simptom kronik wabak itu.
“Saya telah disahkan positif, tapi Alhamdulillah masih dapat dikawal,” umum Irwan usai dua kali melakukan ujian pengesanan Covid-19.
Suami kepada Zaskia Sungkar itu kini menjalani kuarantin di bilik anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada 30 Mac lalu.
“Sedih kerana terpisah sementara waktu dengan anak dan isteri. Kami berkomunikasi melalui panggilan video,” luahnya yang masih berada dalam kondisi tanpa bergejala.
Menjalani Perintah Berkurung kendiri selama dua minggu tanpa meninggalkan kediaman, Irwan menjelaskan jangkitan itu disebarkan daripada adiknya.
“Kita sudah dua minggu lebih tak keluar rumah sebab penuhi waktu terluang buat video log (vlog) sampai habis idea,” tambahnya.
Dalam video sama, Zaskia membuat perkongsian disahkan negatif Covid-19.
“Saya rasa bersyukur kerana tidak dijangkiti. Bimbang kalau saya juga positif, siapa yang akan jaga Ukkasya nanti,” tuturnya.
Ayah Irwan, Umar Efendi, meninggal dunia pada 8 Julai lalu 2021 akibat virus tersebut.
Sebelum ini, beberapa selebriti dari negara seberang itu juga disahkan positif Covid-19 antaranya Bunga Citra Lestari, Ashanty, Rossa dan Afgan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.