,
Laman Utama

Iqbal Bakal Berhijrah Ke Indonesia, Plan Nak Beli Rumah Di Jakarta - "Ia Bakal Menjadi Rumah Kedua Saya Berulang-Alik"

Amri Hassan
26/11/2021
04:50 MYT
Penyanyi baru dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia bakal berangkat ke negara jiran, Indonesia pada hari ini (26 November 2021).
Menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini, Iqbal memberitahu dia berkemungkinan berada di Indonesia dalam tempoh masa yang panjang.
Justeru, Iqbal memohon bantuan pengikut media sosialnya untuk membantu dirinya mencari penginapan dalam tempoh masa lama atau kediaman baharu untuk dibeli dan dihuninya.
"Pada 26 November saya akan berangkat ke Jakarta, Indonesia, ada urusan kerja dan jumpa orang dan mungkin untuk mencari ketenangan di luar Malaysia sekejap. Cuma nak beralih sekejap, cari udara luar.
"Sepatutnya tiket saya 18 November cuma tiket terbatal dan rugi RM6,000 kerana masalah visa. Saya tak tahu visa itu serius untuk keluar ke Indonesia, jadi urusan bertukar tarikh.
"Saya sentiasa serius dengan apa saya buat, cuma sedikit sebanyak ada terkesan di hati. Untuk saya berhijrah, bukan kerana merajuk atau koyak dengan netizen semata-mata cuma ada perkara besar yang bertubi-tubi.
"Jadi, pertanyaan saya, ada tak kenal orang di Indonesia saya nak beli atau sewa dalam jangka masa panjang. Kalau boleh nak beli rumah di bandar Jakarta, tidak terlalu besar asalkan selesa. Tiga bilik pun dah okey.
"Saya rasa saya akan jadikan Jakarta rumah kedua saya, tempat untuk saya ulang-alik, sebab di sana ada peluang bisnes," katanya.
Iqbal bagaimanapun enggan menetapkan tempoh sebenar berada di negara republik itu.
"Di Indonesia nanti saya tak boleh nak kata berapa lama. Cuma saya berharap saya nak berada lama di sana, ibu saya pun baru meninggal dunia, saya tiada sesiapa, adik beradik saya pun semua dah berjaya. "Doakan saya, minta maaf atas apa yang berlaku.
"Di sana akan ada pengurus, pembantu peribadi, pemandu dan penginapan seperti di Malaysia juga. Saya harap kali ini jadilah," tambahnya.
Selain Indonesia, Iqbal meletakkan sasaran untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah namun keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk dia ke sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.