,
Laman Utama

Inteam, Peduli Insan Berjaya Kumpul Lebih RM1 Juta! Sebaknya Muzik Video Selimut Kasih...

Amri Hassan
22/12/2022
11:50 MYT
Pertubuhan kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.
Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.
“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.

Selimut Kasih cerita keperitan hidup di Syria

Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria.
Pada masa sama, berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif.
“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya.
"Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.
“Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kem pelarian Syria yang terletak di kawasan utara Syria di mana Inteam dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami pelarian menjadikan kami semakin menghayati tiap bait lirik lagu ini,” kata Hazamin pula.
Lagu Selimut Kasih telah tercalon di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada September lalu.

Syria perang 12 tahun

Melihat kepada muzik video yang dikongsikan secara rasmi buat pertama kali, menerbitkan rasa simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segalanya dalam sekelip mata akibat dari kesan peperangan dan krisis ini telah berlanjutan sehingga hampir 12 tahun.
Dalam pada itu, Inteam berharap melalui lagu Selimut Kasih ini mampu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk terus membantu pelarian Syria serta pelarian yang menghadapi nasib serupa di Palestin dan Yaman.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Syria, Palestin dan Yaman boleh menyumbang ke dalam akaun rasmi Bank Islam 0704 3011 06 2019 di atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”

gempak
21/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas berdepan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.
Hiburan

Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

gempak
18/05/2024
15:35 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit