HIBURAN
InTeam Mohon Maaf, Tiket Konsert 'Sold Out' Dalam 1 Jam – “Insya-Allah Ada Berita Baik Akan Diumumkan”
Tiket Konsert Kasih Kekasih oleh kumpulan nasyid popular, InTeam, habis terjual hanya dalam tempoh satu jam selepas dibuka untuk jualan, sekaligus mencatatkan status sold out sekali lagi.
Konsert sempena sambutan 25 tahun penubuhan InTeam itu telah dijadualkan semula ke 28 September 2025 dan akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka, InTeam menzahirkan penghargaan kepada para peminat yang berjaya mendapatkan tiket serta memohon maaf kepada yang terlepas peluang.
“SOLD OUT!! Dalam masa 1 JAM.
Alhamdulillah. Terima kasih dan TAHNIAH kepada semua yang berjaya membeli tiket Konsert Kasih Kekasih InTeam 25 Tahun. Subhanallah. Ampun maaf kepada semua yang tak berjaya. Effort anda kami beri A+!!!”
Walau bagaimanapun, peminat yang tidak sempat membeli tiket tidak perlu berputus asa, kerana InTeam memberi bayangan akan ada perkembangan baharu tidak lama lagi.
“Insya-Allah ada BERITA BAIK yang akan kami umumkan. NANTIKAN.”
Kumpulan yang terkenal dengan lagu Kasih Kekasih ini terus membuktikan relevansi mereka dalam industri muzik nasyid tempatan dan masih mendapat tempat di hati peminat pelbagai generasi.
Must-Watch Video