gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Energi Penonton Luar Biasa, Saya Sendiri Tak Tertampung"
GAYA HIDUP
Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."
HIBURAN
Tak Sempat Tarik Nafas! Wali Band Buat Penonton 'Goyang' Sampai Hujung Konsert Jiwa Kacau 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Inteam Harumkan Nama Malaysia Di Festival Nasyid Antarabangsa Algeria, Segak Bergaya Dengan Busana Tradisional Melayu

Amri Hassan
Amri Hassan
01/07/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Inteam Harumkan Nama Malaysia Di Festival Nasyid Antarabangsa Algeria, Segak Bergaya Dengan Busana Tradisional Melayu
Kumpulan nasyid terkenal Malaysia, Inteam, telah diberi penghormatan untuk mewakili negara dalam acara berprestij Festival Nasyid Antarabangsa (Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali) yang berlangsung di Constantine, Algeria, atas jemputan rasmi Kementerian Kebudayaan dan Ketua Pemerintah Wilayah Constantine.
Acara tersebut menghimpunkan pelbagai artis nasyid ternama dari seluruh dunia, menampilkan kepelbagaian gaya persembahan dan budaya Islam global. Kehadiran Inteam merupakan penampilan sulung mereka di bumi Algeria, sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting dalam karier seni dakwah mereka yang menjangkau dua dekad.
Dalam persembahan penuh emosi dan spiritual, Inteam membawakan beberapa lagu ikonik mereka seperti Dia Muhammad, Taybah, Setanggi Syurga, Solatullah, Ya Hanana dan Qamarun. Menariknya, lagu Qamarun dipersembahkan secara duet bersama Sheikh Sayed Arshid, penyanyi asal Syria yang kini menetap di Malaysia.
Turut menyerikan persembahan Inteam ialah Johan Qari Antarabangsa 2024, Ustaz Husaini Mahmur, yang hadir menggantikan anggota Inteam, Hisyam, yang tidak dapat turut serta atas komitmen kerja di tanah air.
Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Para penonton yang hadir secara langsung di venue acara memberikan tepukan gemuruh dan turut meminta lagu Ya Hanana dinyanyikan semula pada penghujung persembahan.
Inteam juga tampil memperkenalkan busana tradisional Melayu sebagai identiti seni budaya Malaysia di pentas antarabangsa, menarik perhatian ramai pihak terhadap keunikan estetika pakaian nusantara.
"Kami rasa sangat terharu dan bersyukur. Ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke Algeria. Sambutan mereka luar biasa. Walaupun kami dan penonton datang dari latar budaya dan bahasa berbeza, namun nasyid menjadi jambatan yang menyatukan hati-hati kami," kata Syah.
Sementara itu, tambah Rahim, InTeam berbangga dapat menarik minat penonton dengan memperkenalkan budaya Malaysia di luar negara.
"Kami memang niatkan untuk memperkenalkan elemen budaya Malaysia, sebab itu kami mengenakan busana Melayu. Ramai yang tertarik dan bertanya tentang pakaian kami selepas persembahan. Ini satu peluang dakwah dan diplomasi budaya yang sangat indah," tambahnya.
Bagi Amin pula, mereka bertuah dapat berkongsi pentas dengan artis nasyid dari pelbagai negara.
"Apatah lagi dapat berduet dengan Sheikh Sayed Arshid, satu penghormatan besar buat kami. Semoga mesej dakwah ini terus tersebar ke seluruh dunia," ujarnya.
Penyertaan Inteam dalam festival ini sekaligus membuka lebih banyak ruang untuk kolaborasi dan persembahan berskala antarabangsa pada masa hadapan. Mereka juga mengharapkan sokongan berterusan dari peminat serta institusi yang menyokong perkembangan seni dakwah Islam kontemporari.
Topic Berkaitan
#Nasyid
#Busana
#Festival
#Melayu
#Inteam
#Tradisional
#Algeria
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement