,
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

Muhammad Firdaus
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu.
Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup.
“Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit teruk. Waktu itu, dia cakap 'kosong-kosong', maksudnya kami saling bermaaf-maafan. Biasalah, dalam persahabatan tentu ada perselisihan faham.
"Yang paling kami bersyukur adalah pemergiannya membuka banyak cerita-cerita baik daripada orang ramai mengenai diri arwah," katanya.
Sementara itu, salah seorang daripada anggota Inteam, Hisyam Ahmad, tidak menafikan bahawa proses penghasilan video muzik terbaharu mereka, Harum Setangkai Doa adalah saat yang paling memilukan kerana tidak mempunyai banyak kenangan yang dicipta bersama arwah.
"Ketika proses penghasilan muzik video Harum Setangkai Doa, itu saat paling pilu sebenarnya buat saya kerana tidak ada banyak gambar kenangan bersama arwah Suhaimi terutama di penghujung hayatnya.
"Setiap kali saya tonton semula muzik video lagu ini, memang ada rasa kecewa sebab tidak dapat bersama dengan arwah Suhaimi ketika masih hidup.
“Boleh saya katakan bahawa lagu dan muzik video ini adalah yang paling menyentuh hati kerana hanya ada sedikit kenangan bersama arwah.
"Kami cari semula gambar-gambar lama untuk kongsikan kenangan bersama arwah serta cuba sampaikan mesej mengenai rasa kehilangan seorang sahabat sepertinya,” kongsinya.
Sekadar info, Inteam yang ditemui pada Majlis Apresiasi Media Inteam Records berlangsung pada Rabu turut mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka dengan Khai Bahar dalam merakamkan semula lagu Rabiatul Adawiyah 2024.

BERITA TRENDING: Hajat Suhaimi Mahu Anak Sulung Mandikan Jenazahnya Termakbul - “Kami Semua Rapat Dengan…

BERITA TRENDING: Suhaimi Saad Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.