,
Laman Utama

Intan Saleh Belum Sedia Maafkan Izreen, Biar Masa Menentukan

Zulaikha Yusof
27/05/2021
02:26 MYT
Bekas madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh akui belum terbuka hati untuk memaafkan aktres itu walaupun mereka sudah dipertemukan dalam program Melodi Raya, baru-baru ini.
Menurut pemahaman Intan, kehadiran dia ke rakaman segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih itu sekadar sebagai jemputan bukan untuk ditemubual.
"Ingin dijelaskan sebelum bersetuju saya juga ada bertanya kepada pihak Melodi adakah akan berlaku sesi bermaafan, kerana seandainya ada saya belum bersedia untuk itu. Dan, saya diberitahu tidak akan ada sesi terbabit (bermaafan) dan sekadar datang sebagai jemputan.
"Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan sahaja dan bukan untuk ditemubual. Tapi, apabila ia berlaku, saya jadi canggung di atas pentas serta di hadapan kamera kerana tidak bersedia," katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, dia perlu memberi penjelasan mengenai reaksi 'canggung' yang ketara di wajahnya dalam program tersebut selepas menjadi bahan warganet.
Katanya, situasi dan set telah diubah di lokasi rakaman kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Sebenarnya, keadaan berubah di lokasi rakaman. Saya dimaklumkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, maka set berubah dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen itu.
"Apapun, perkara ini pada saya sepatutnya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan. Saya pun bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik, dan biarlah masa yang memulihkan segalanya.
"Buat masa sekarang, biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak.
"Tak perlulah lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini pada masa hadapan," katanya lagi.
Terdahulu, menerusi program raya itu, Izreen mendedahkan dia sudah meminta maaf sebanyak tiga kali kepada Intan.
BACA: Izreen Azminda Minta Maaf Pasal Ude, Intan Saleh; Mana Mungkin Boleh Melupakan ..."
Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.
Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Intan Saleh Bersyukur Ude Tarik Balik Saman - “Namun, Plaintif Pertama Masih Meneruskan Kes”

gempak
11/03/2024
06:25 MYT
Selebriti media sosial Intan Salleh memaklumkan yang dia hadir ke satu sesi mediasi bersama peguamnya, Majmud Jumaat.
Laman Utama

Artis Popular Sumbang Barangan Peribadi, Sokong Infak Corner Sempena Carboot Sale DXN Cyberville!

gempak
22/02/2023
09:40 MYT
Berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan yang memerlukan
Laman Utama

“Dah Beranak Pinak Dah Ni, Apa Lagi Tak Puas Hati? Move On” - Intan Saleh Balas Dakwaan Izreen

gempak
11/01/2023
20:39 MYT
Intan kata please move on.
Laman Utama

“Ajak Settle Depan Tak Nak, Whatsapp Tak Balas, Tau Tau Up Dekat IG” - Ude Wahid Sound Siapa?

gempak
11/01/2023
08:00 MYT
Alamak! Ude geram dengan siapa tu?
Laman Utama

Dituduh Tak Basuh Baju Anak Tiri, Izreen Azminda Sekolahkan Netizen; “Kenapa Begitu Benak?”

gempak
19/12/2022
04:00 MYT
Tak baik main tuduh-tuduh