,
Laman Utama

Intan Najuwa Seronok Terjun Bendang & Main Selut - "Ini Pengalaman Pertama Kali Saya"

Amri Hassan
10/01/2022
05:40 MYT
Pelakon Intan Najuwa teruja apabila pertama kali diberikan watak lasak sebagai gadis kampung dalam drama terbaharu Bunga Hati.
Bercerita lebih lanjut, sepanjang penggambaran drama terbabit, Intan perlu terjun sungai, masuk bendang dan bermain selut dalam beberapa babak.
"Karakter kali Ini berbeza kerana Dilaila agak lasak jadi ada adegan terjun sungai, masuk selut, terjun bendang.
"Watak kali ini agak boyish dan seorang yang sangat selamba dan lasak. Memang berlainan dengan watak-watak yang pernah saya bawakan, saya suka kerana ia mencabar.
"Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut jadi ia menarik dan pengalaman yang tak boleh dilupakan," katanya.
Dalam pada itu, Intan juga berdepan cabaran untuk mengembara ke Perlis dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang penggambaran.
"Cabarannya kena jaga SOP, tak boleh cuai. Susah juga sebab kerja dalam kumpulan dan orang ramai. Kena swab test dan make sure semua sihat.
"Banyak adegan outdoor jadi perlu berdepan dengan hujan dan panas. Cabaran juga adalah kerana penggambaran dilakukan di luar Kuala Lumpur jadi perlu travel. Shooting dilakukan di Pelis. Kena sesuaikan diri di tempat orang," ujarnya.
Sinopsis
Dilaila merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan optimistik walau pun masa kanak-kanaknya tidak seindah orang lain. Dilaila dilahirkan tanpa pengetahuan bapanya, Sulaiman yang sudah menceraikan ibunya, Salinah ketika dia di dalam kandungan.
Dilaila diserahkan oleh Nek Tijah kepada Salimah untuk dijaga dan menjadi galang-ganti kepada Luqman, anak kandung Salimah yang cacat. Salimah terlalu bencikan Luqman hingga sanggup menderanya kerana dendam kepada bekas suaminya Talib.
Dilaila tidak gentar untuk mempertahankan Luqman setelah Nek Tijah meninggal dunia dan menjaga Luqman penuh kasih sayang. Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputik, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah.
Bagaimanapun Razak sukakan Dilaila dan mahu Dilaila menjadi menantunya. Kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam diam menyukai Amer dan sanggup buat apa saja untuk memiliki Amer. Noraini berkomplot dengan ibu Jessila untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer.
Dengan bantuan Razak, Dilaila hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan di situ dia bertemu Doktor Joshua yang telah jatuh cinta padanya. Malang bagi Dilaila apabila Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya dibunuh secara tak sengaja oleh Gaban.
Noraini cuba membunuh Salimah dan Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Salimah dan Dilaila keluar dari kampung demi keselamatan mereka. Noraini ambil peluang paksa Amer kahwin dengan Jessila. Selepas tiga tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung dan membina hidup baru. Mereka dapat membina rumah baru dengan bantuan Razak. Sulaiman secara rahsia telah menampung segala kos pembinaan.
Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang merupakan usahawan jutawan. Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila. Ternyata sikap Amer penuh tipu daya dan berpura-pura hilang akal dan telah didedahkan oleh Farizan, kawan baik Amer yang ada muslihat mahukan Dilaila. Noraini dan Razak merayu agar Dilaila menerima Amer kembali demi memulihkannya.
Antara kasih dan kasihan, Dilaila terpaksa membuat pilihan sama ada Joshua atau Amer sebagai teman hidupnya.
Drama Bunga Hati berdurasi 20 episod akan mula ditayangkan pada 10 Januari pukul 10 malam di Astro Ria.
Bunga Hati diarahkan oleh Jamal Khan dan Che Mi serta turut dibintangi Erwin Dawson dan Redza Rosli.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.