Hiburan
Intan Najuwa Luah Rasa Kesal, Ramai Kaum Wanita & Ibu Kritik Penampilannya - “Kenapa Muka Sembab? Kenapa Perut Masih Kembung Macam…”
Baharu sahaja melahirkan cahaya mata, pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dengan komen negatif melibatkan wajah dan bentuk badannya.
Ambil masa
Menerusi perkongsian di Instastory, Intan berkata dia juga dalam proses untuk kembali menjadi dirinya semula selepas melahirkan anak seperti mana ibu-ibu yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Pertikai Intan Najuwa Bersalin Secara ‘Czer’, Fatin Afeefa Tampil Pertahankan - “Bukan Dia Nak Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Selamat Bersalin Anak Sulung, Beri Nama Imane Lunara
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Pernah Berdepan Dengan Kejadian Misteri - “Benda Itu Merangkak, Rambut Panjang & Mata Merah”
“Kenapa muka sembab? Kenapa perut masih kembung macam ada baby bump? Kenapa naik wheelchair? Takkan tak boleh jalan langsung? Nampak mata macam panda saja.
“Kenapa terbaring saja? Saya dulu lepas enam jam dah bangun buat kerja… guys, saya baru dapat anak. Saya secara perlahan-lahan nak dapatkan diri saya seperti mana ibu yang lain dalam dunia ni.
“Ia mengambil masa tapi saya akan kembali,” kongsi Intan Najuwa.
Kaum wanita & ibu
Pada perkongsian yang sama, Intan turut berasa terkejut apabila melihat komen negatif yang ditinggalkan kebanyakkannya daripada wanita terutama kaum ibu.
“Ia sangat mengejutkan apabila banyak komen daripada wanita, termasuk ibu. Kenapa tidak boleh kita menjadi baik terhadap satu sama lain?
“Wanita sepatutnya menaikkan semangat dan sokong satu sama lain. Ia tak sepatutnya begini,” ujarnya lagi.
Untuk info, Intan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.
Must-Watch Video