Hiburan

Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Pernah Berdepan Dengan Kejadian Misteri - “Benda Itu Merangkak, Rambut Panjang & Mata Merah”

gempak
Asyikin Mayudin
12/12/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Pernah Berdepan Dengan Kejadian Misteri - “Benda Itu Merangkak, Rambut Panjang & Mata Merah”
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi pengalaman dia pernah berdepan dengan beberapa kejadian seram sejak berusia 18 hiungga 25 tahun.

Kena hempap

Intan ketika menjadi tetamu podcast pempengaruh Azfar Heri baru-baru ini berkata dia kerap mendengar suara nenek memanggil namanya dan dirinya dihempap sehingga alami kesesakan nafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Pesan Jangan Stress Fikir Jodoh - “Saya Tak Pernah Terlalu Mengharap Nak Suami Macam…”

“Balik dah malam, malam itu memang dah penat dan terus terlelap. Saya kongsi bilik dengan PA. Saya terlelap, tiba-tiba saya kena hempap dan orang cekik saya.
“Saya tak boleh nak bernafas. Mata saya tertutup, sebab tu rasa macam betul ke. Saya selalu dengar suara nenek panggil saya ‘Intan’ setiap kali saya kena hempap.

“Selalu kena hempap tapi kali ini kena cekik. Saya dah penat, saya cakap jangan kacau. Saya kena benda itu sejak umur 18 tahun. Setiap kali shooting, penat mesti dia datang.

“Sebenarnya saya kena hempap ini banyak kali, dah macam benda normal. Setiap kali nampak atau dengar, mesti kena hempap,” kongsinya.

Makanan jadi basi

Malah Intan berkata dia juga pernah mengalami insiden misteri di rumah yang diduduki ketika dirinya masih bujang.
“Benda ini tak nampak dan rasa lain. Jadi masa saya masih bujang. Saya tak rasa seperti rumah, balik mesti rasa serabut dan tidur tak best. Mak saya yang mula rasa tak kena.

“Saya masak nasi dekat rumah mesti basi, satu jam dua jam terus basi. Kita ni tak tahu, saya tukar la rice cooker banyak kali. Bawa masuk lauk, basi… makanan jadi basi dalam masa sekejap.

“Terfikir juga kenapa boleh basi. Tapi tak fikir sebab tak tahu. Kereta saya pun rosak serentak. Fasa yang serabut sebab semua jadi serentak,” ujarnya.

Makhluk halus

Dalam pada itu, Intan turut memberitahu ada beberapa ekor makhluk halus yang bergayut di pokok besar di luar rumahnya.

“Ustaz datang periksa setiap bilik, ustaz cakap sama ada orang hantar atau ada penunggu dalam rumah ni. Ustaz tak nak beritahu siapa hantar. Dia kata paling banyak dalam study room saya.

“Dekat study room saya memang ada pokok besar dekat luar. Ustaz beritahu benda itu merangkak, rambut panjang dan mata merah… benda itu yang makan makanan basi.
“Tengah berbincang, bau wangi… bau bunga mawar. Wangi sangat, ustaz cakap kita ada tetamu depan pintu. Cik ponti (pontianak). Saya dah nak pitam. Rupanya bapa saya pernah nampak ponti bergayut dekat pokok luar,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024