,
Laman Utama

Innovathon Realisasikan Impian Rakyat Malaysia, YB Rafizi Ramli & YB Chang Lih Kang Antara Panel Juri

Mya Amri
05/07/2023
04:32 MYT
Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melancarkan pertandingan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi berjudul Innovathon.
Innovathon merupakan program yang memaparkan skil dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu sosiekonomi.
Pertandingan yang diterbitkan secara besar-besaran menerusi Astro ini menyaksikan seramai 1,033 penyertaan dari seluruh negara.
Menariknya lagi, peserta termuda adalah berusia 7 tahun manakala yang tertua pula 73 tahun.
Kerjasama ini juga menyaksikan Menteri Kabinet Malaysia menyertai Innovathon sebagai panel juri iaitu Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli dan Menteri MOSTI, YB Chang Lih Kang.
Manakala pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura pula menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.
Sementara itu, pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj Nawawi memegang jawatan sebagai mentor yang bakal membimbing dan memberi motivasi kepada peserta-peserta pertandingan realiti ini.
Dua figura popular, Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani pula akan mengemudi program ini selaku hos.
Sebanyak 56 idea daripada pelbagai lapisan masyarakat telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang menyaksikan peserta berentap menerusi program tersebut.
Innovathon yang bakal bersiaran sebanyak 8 episod ini menyaksikan para peserta cuba memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.
Pemenang Pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.00, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM80,000 dan RM50,000.
Tempat keempat dan kelima akan menerima RM10,000 dan RM5,000.
Kelima-lima pemenang ini juga akan menerima sokongan pembangunan perniagaan mengikut kesesuaian dan skala perniagaan mereka yang bernilai sehingga RM1,000,000.00
Innovathon akan ditayangkan setiap Sabtu bermula 15 Julai 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Program ini juga akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro SHOWCASE, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria.
Innovathon juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp "'NAK ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
terkini

INNOVATHON 2: Terima Sambutan Hangat, Ujibakat On The Ground Fasa 2 Dilanjutkan! Jom Semak Lokasi Ujibakat

gempak
25/06/2024
14:55 MYT
Disebabkan sambutan hangat dan permintaan ramai, ujibakat program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON musim kedua bakal dilanjutkan ke fasa kedua.
terkini

INNOVATHON 2: Profesor Madya Dr. Nur Faeza Pertaruh BioGel Bait Moz Di Ujibakat On The Ground Pulau Pinang

gempak
05/06/2024
13:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Terkini

INNOVATHON 2: Uniknya! Idea Liza Ramli Manfaatkan Batang Pisang Untuk Buat Jus, Kerepek & Biskut Curi Tumpuan Ujibakat Di Pulau Pinang

gempak
04/06/2024
14:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Hiburan

INNOVATHON Kembali Untuk Musim Kedua, Uji Bakat Bermula Jun Depan! Ini Cara-Cara & Lokasinya

gempak
20/05/2024
09:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
ujibakat

Jom sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua!

gempak
16/05/2024
14:55 MYT
Anda ada idea inovatif kreatif & Menarik? Kami memerlukan idea anda! Jom sertai Uji Bakat INNOVATHON musim kedua sekarang dan berpeluang untuk hadiah wang tunai!