,
Laman Utama

Innalillah...Penghantar Makanan Meninggal Dunia Dihempap Pokok Ketika Ribut

Awani
15/04/2021
21:25 MYT
Seorang penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut berhampiran Stesen Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Dalam satu video berkaitan kejadian itu yang tular, kelihatan orang ramai yang berteduh di stesen minyak berkenaan mengalihkan tubuh mangsa dari bawah pokok tumbang itu.
Mayat mangsa kemudian diangkat meredah hujan lebat dan ribut ke stesen minyak berkenaan sementara menunggu pasukan perubatan tiba.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan kematian mangsa.
Selain itu, JBPM menerima enam lagi laporan pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, petang tadi, termasuk di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam dan Kampung Padang Merbuk.
Selain itu, Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.
"Sejak jam 4.30 petang sehingga jam 6 petang, pihak bomba melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang seterusnya memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.