Berita

'Innalillah... Pengakhiran Hayat Yang Hebat!' - Ustaz Abdullah Khairi

gempak
Gempak
15/02/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
'Innalillah... Pengakhiran Hayat Yang Hebat!' - Ustaz Abdullah Khairi
"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un, pengakhiran hayat yang hebat!” demikian ungkapan penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi Harun setelah memaklumkan isteri kepada rakan baiknya meninggal dunia di Masjidil Haram, Mekah sejurus selesai menunaikan tawaf.
Abdullah Khairi menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat memberitahu, isteri sahabatnya, Jamaluddin, Marina Abdul Wahab baru sahaja melaksanakan tawaf wada' dan masih berwuduk sebelum tiba-tiba rebah.
“Baru lepas tawaf wada’, menangis dalam doa, masih dalam wuduk... berjalan dengan ceria... tiba-tiba jatuh dalam masjid dan meninggal!

“Hebat puan Marina Abdul Wahab, isteri sahabatku Jamaluddin,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian sempat menghubungi Abdullah Khairi menerusi WhatsApp kerana kini beliau berada di Makkah.
Kongsi beliau, jenazah sudah dikebumikan pada Khamis (waktu tempatan) di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram sejurus selesai solat Maghrib.
Abdullah Khairi turut berkongsi, amalan arwah semasa hidupnya adalah selalu memasak dan memberikan makanan kepada orang ramai.
“Allahyarhamah disolatkan oleh ribuan manusia di Masjidil Haram selepas solat Maghrib jam 7 malam... meninggal pada hari Jumaat dan malam Nisfu Syaaban.
“Suami dia juga ada beritahu, arwah selalu masak jamu orang makan. Selalu sedekah dan tak banyak bercakap dengan orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan kematian tersebut merupakan kematian yang dicemburui oleh setiap umat Islam dan meruntun jiwa.

BERITA BERKAITAN: Lima Tahun Berkahwin, Mamat Sepah Teringin Timang Anak - “Mekah Nanti Perkara Pertama Saya Nak...”

BERITA BERKAITAN: Az Zuha Umum Pelaburan RM20 Juta, Ikat Kontrak Baharu Dengan Hotel Safwah Mekah - "Jemaah Akan Nikmati Perkhidmatan Eksklusif"

BERITA BERKAITAN: Jalan Bertukar Jadi ‘Laut’, Mekah Dilanda Banjir

BERITA BERKAITAN: Mekah Tempat Beribadah, Bukan Bulan Madu - "Boleh Buat Pakej Tapi ..."

Menjengah di ruang komen, rata-rata warganet juga mencemburui pemergian Marina dan mendoakan rohnya di cucuri rahmat ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Kata Mukrizmuhd, "Kematian yang dicemburui, moga kita semua juga mempunyai pengakhiran yang baik."
Ujar qyrata pula, "Pada malam nisfu Syaban pula, hebat bukan biasa-biasa, semoga ditempatkan bersama-sama mereka yang beramal soleh dan dikasihi ALLAH SWT."
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024