,
Laman Utama

Inisiatif Bantu Pelajar Tingkatan 5, Astro Sajikan '30 Hari Menjelang SPM'

Zulaikha Yusof
25/01/2021
07:12 MYT
Mulai 23 Januari (Sabtu), calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disajikan dengan sorotan program istimewa, ‘30 Hari Menjelang SPM’ di platform Astro Tutor TV.
Untuk 30 hari berturut-turut, dari jam 5 hingga 7 petang di saluran Tutor TV 603, pelajar SPM boleh mengulangkaji pelajaran dengan ‘Pelan A+ SPM’, ‘Misi Studi’, ‘Top Tutor’ dan ‘Top Tips’.
Kesemua program ini meliputi mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta mata pelajaran elektif termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Geografi.
Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata: "Tekanan dan kerumitan persediaan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kini dimudahkan dengan siaran ‘30 Hari Menjelang SPM’ di Tutor TV, sebuah slot sorotan khas program-program pendidikan khusus untuk pelajar SPM yang bakal bersiaran di saluran Tutor TV 603.
"Ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi memastikan kelangsungan prestasi dan momentum akademik calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari ini terus kekal positif walaupun di sebalik dugaan pandemik yang berlaku pada hari ini.
"Bagi pelajar menengah rendah pula, kami sediakan program edutainment ‘SMK: Study Squad’ mulai 27 Januari, setiap Rabu, jam 3 petang di saluran Tutor TV 602 dan Astro Ceria (611 HD, 631 SD).
"Mereka boleh mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi untuk sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bersama selebriti, Wany Hasrita, Atu Zero dan barisan pelakon siri komedi SMK.
"Besar harapan kami agar inisiatif ini dapat membantu ramai murid dan guru-guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, terutamanya buat mereka yang tidak memiliki akses kepada kemudahan digital.
"Dengan menawarkan variasi program pendidikan ini di platform televisyen, kami berharap capaian tontonan akan menjadi lebih luas dan dapat dimanfaatkan oleh banyak pihak terutamanya di kalangan mereka yang berada di kawasan luar bandar.
"Pengisian yang merangkumi tips peperiksaan dan kaedah mengulangkaji pelajaran yang lebih ringkas, interaktif, mudah dan menghiburkan, Tutor TV mampu membantu para pelajar khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM Februari ini. Semoga maju jaya!" katanya.
Sementara itu, kandungan program TV Pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di Tutor TV tetap disiarkan seperti biasa, dengan lebih 170 episod baharu! Program TV Pendidikan meliputi semua mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran elektif seperti Perniagaan, Ekonomi dan banyak lagi.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua program pendidikan Astro juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.