,
Laman Utama

“Inilah Manusia Bila Tak Ada Kerja Sibuk Iddah Orang” - Puteri Sarah Liyana

Asyikin Mayudin
29/09/2023
01:50 MYT
Kemelut antara Puteri Sarah Liyana dengan bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena nampaknya berlarutan.
Terbaharu, Sarah memuat naik paparan skrin Wiwie mesej dengan seseorang mempertikaikan iddah dan tindakan aktres itu tampil bersama lelaki ketika sesi siaran langsung di laman sosial baru-baru ini.
Sarah menerusi Instastory memberi amaran kepada wanita itu agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dirinya dan menyimpan wang untuk membayar saman yang difailkan.
“Seseorang berkongsi perkara ini kepada saya. Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang. Apa iddah aku 100 tahun ke? Dah kena saman duduk diam-diam.
“Simpan duit nak bayar saman nanti,” kata Puteri Sarah.
Lelaki dimaksudkan dipercayai merujuk kepada pelakon Indonesia Andi Arsyil Rahman yang juga merupakan rakan niaga kepada Puteri Sarah.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini turut memberi peringatan kepada semua orang agar tidak mencampuri urusan orang lain.
“Nak belajar cara buat duit? Boleh join team Sarah okay. KIta tak nak jadi macam ini suka jaga tepi kain orang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah mengambil keputusan untuk tetap meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Menurut Sarah, dia telah pun berbincang dengan Syamsul Yusof mengenai isu ini dan bekas suaminya itu menyerahkan kepadanya untuk mengambil tindakan sewajarnya.
BACA SINI: “Awak Buatlah Apa Awak Nak Buat” - Syamsul Tak Halang Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.