,
Hiburan

"Inilah Keindahan Malaysia Bagi Saya" - Sharifah Amani Gembira Selepas 16 Tahun, Filem Sepet Masih Disayangi

Badrul Hashim
01/06/2020
00:45 MYT
Ketika Pengarah Kreatif pengiklanan, Allahyarham Yasmin Ahmad yang cukup terkenal dengan iklan-iklan Petronas dan lainnya yang berpaksikan rakyat Malaysia terjun ke bidang perfileman, industri filem negara mula bergerak ke arah yang lebih ke hadapan.
Biarpun filem-filem berpaksikan cinta, namun cara penyampaiannya yang cukup berlainan melahirkan banyak filem hebat seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talent Time dan beberapa lagi.
Filem Sepet boleh dikatakan filem yang menzahirkan bakat Sharifah Amani ke dunia seni tanah air.
Kini untuk tempoh seminggu, filem Sepet boleh ditonton di YouTube dan perkara tersebut sangat menggembirakan hati pelakon utamanya, Sharifah Amani.
"MasyaAllah, selepas 16 tahun, Sepet masih lagi mendapat sokongan dan kasih sayang daripada orang yang menontonnya.
"Saya gembira kerana Linus buat keputusan untuk memuat naikkannya ke YouTube. Dia mahu mendapatkan soalan-soalan daripada yang menonton supaya ianya boleh dijawab oleh para pelakon dan juga kru yang terlibat," tulis Amani.
Tambah Amani, dalam waktu sekarang ini, tentulah ianya menjadi satu rahmat memandangkan masing-masing berjauhan di antara satu lain, dan untuk berhubung juga semakin sukar.
"Masa yang sangat tepat untuk filem ini ditayangkan di online. Saya berharap agar Sepet akan mengingatkan kita betapa indahnya kita sebagai rakyat Malaysia.
"Berbilang kaum, agama, bahasa. Inilah keindahan Malaysia bagi saya," luah Amani lagi.
Tambah Amani, pastinya ada yang cuba untuk memecah belahkan kita dan cuba meyakinkan kita yang kita berbeza di antara satu sama lain.
"Mereka mahu kita 'berpisah' untuk lebih mudah mengawal kita dalam kumpulan yang kecil. Seperti kata Abang Jason, 'People act crazy in groups'.
"Jika ianya berlaku, ingatkan mereka bahawa kita adalah rakyat Malaysia. Kita berdiri teguh untuk satu sama lain kerana kita adalah satu keluarga besar.
"Tak kira bangsa, agama atau bahasa. Baik atau buruk inilah keluarga kita. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, tetapi banyak perubahan yang berlaku setiap hari," tambah Amani lagi.
Sharifah Amani yakin bahawa Malaysia kuat dan dia pasti kita semua dapat melaluinya bersama-sama.
"Terima kasih atas kasih sayang dan doa semua. Rasanya arwah Yasmin pasti gembira jika dia boleh menyaksikannya.
"Arwah buatkan filem ini untuk kita semua. Jika boleh, doakan untuk arwah ya! I love you guys," tulis Amani.

Getting so much love for Sepet yet again. MasyaAllah ??? After 16 years still so much love. I’m glad that Linus decided to put it on YouTube. He wants to collect questions from all of you then get the cast and crew to answer. So don’t thank me, thank @linus.frog for putting it up on his page. These are trying times for us all. We are away from each other and to make contact is getting harder. The timing of this film going online couldn’t be better. I hope Sepet reminds us of how beautiful we all are as Malaysians. Berbilang kaum, agama, bahasa. Ini lah keindahan Malaysia bagi saya. ❤️ There will be people who try to divide us. They will try to convince us that we are different from each other. They want us separated because it will be easier to control us in small groups. Bak kata Abang Jason, “People act crazy in groups”. When that happens remind them that we are Malaysians. We stand up for each other because we are all one huge family. Tak kira bangsa, agama atau bahasa. Baik atau buruk ini lah keluarga kita. I’m not sure what’s going to happen in the near future. Things are changing rapidly everyday. But I know that Malaysia Kuat!! And I know we will all get through this together. InsyaAllah. ?❤️? Thank you for all the love and prayers. Arwah Yasmin would have loved to see this I think. She made this film for all of us. If you could, send out a little prayer for her okay? I love you guys. ❤️

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Filem Sepet pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat Malaysia dan antarabangsa seperti Best Asian Film Award di 18th Tokyo International Film Festival pada tahun 2005.
Di Festival Filem Malaysia pada tahun yang sama, filem Sepet memenangi anugerah untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Yasmin Ahmad), Skrip Layar Asal Terbaik (Yasmin Ahmad), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ida Nerina), Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Ng Choo Seong), Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Sharifah Amani) dan Poster Terbaik.
Anda ada seminggu untuk menonton filem Sepet di sini, dan jangan lupa untuk berkongsi soalan-soalan anda dengan pelakon serta kru filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Selepas 20 Tahun

gempak
27/08/2024
12:55 MYT
Dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet kembali nostalgia ke layar GSC untuk masa yang terhad.
Hiburan

Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”

gempak
28/06/2024
09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Hiburan

Sharifah Amani Kini Hamil, Comel Tengok Reaksi Keluarga & Kawan-Kawan Bila Dapat Tahu

gempak
04/02/2024
01:05 MYT
Alhamdulillah
Hiburan

La Luna Filem ‘Pecah Tanah’ One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani

gempak
03/06/2023
09:40 MYT
One Cool Film melabur untuk filem-filem terbaik akan datang.
Laman Utama

PRU15: Ramainya #TeamBajuKurungCotton! Manis, Meriah Pakat Sahut Gerakan Sharifah Amani Turun Mengundi

gempak
19/11/2022
14:49 MYT
Abe Nik sempat tinjau Team Baju Kurung Cotton sempena PRU15!