,
Laman Utama

Ini Tindakan Remy Ishak Apabila Menerima Mesej & Gambar Berbaur Godaan Daripada Peminat - “Saya Terus…”

Izwan Isa
29/05/2023
02:50 MYT
Sungguhpun sudah mendirikan rumah tangga dan bakal bergelar bapa tidak lama lagi, pelakon Remy Ishak memberitahu yang dia masih menerima mesej-mesej dan gambar berbaur godaan.
Menurut Remy, dia tidak pernah menyembunyikan hal tersebut dan sering berkongsi apa yang diterima setiap kali menerima gangguan sedemikian daripada orang yang tidak dikenali.
Lelaki berusia 41 tahun itu menjelaskan, berlaku jujur dan telus dengan pasangan masing-masing merupakan hal yang penting dalam berumah tangga dan untuk terus kekal bahagia.
“Ada je saya terima mesej… saya tunjuk dengan isteri. Apa yang lebih pelik, kadang-kadang yang hantar tu menggunakan nombor luar negara, nombor yang saya tak kenal.
“Dalam berumah tangga, apa yang penting adalah kejujuran dan ketulusan. Sebab kalaulah ada apa-apa berlaku pada masa akan datang, isteri tahu saya macam mana. Kalau tak kongsi, banyak benda sembunyi, akan timbul masalah nanti,” katanya kepada Gempak.
Remy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Hijrah Jannah di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Remy turut memberitahu yang dia akan lebih menguruskan jadual lakonannya berikutan isteri, Ezza Yusof, 40, bakal bersalin pada bulan Ogos depan.
“Saya banyak juga tanya isteri, dan berbincang mengenai cuti daripada berlakon. Sebab saya ada terima beberapa tawaran projek untuk filem. Tapi, saya perlu aturkan sebab saya nak isteri bersalin dulu.
“Drama pula, saya akan terima tawaran setahun sekali… sebab drama perlukan persediaan mental dan ia memenatkan. Lebih-lebih lagi kita banyak hasilkan drama dengan episod yang banyak,” katanya lagi.
Selain Remy, Hijrah Jannah turut dibintangi oleh teraju utama, Daniella Sya dan Puteri Sarah. Selain itu, siri arahan Feroz Kader ini turut dijayakan oleh Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah, Daniel Fong, Angeline Tan dan Kenji Sawahi.
Hijrah Jannah akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.