,
Laman Utama

Ini Sebab Neelofa Mahu Akses CCTV Sekolah Bilal - “Sejak Kebelakangan Ini Saya Trauma Melihat…”

Asyikin Mayudin
22/09/2023
01:55 MYT
Trauma melihat banyak kes penderaan kanak-kanak antara sebab usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa mahu mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Menurut Neelofa, dia juga sama seperti ibu bapa di luar sana yang mahu memastikan keselamatan anak terjamin apabila berada di sekolah.
"Saya tahu perkara itu menjadi perdebatan banyak pihak, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Apa yang saya buat itu hanya perkongsian daripada seorang ibu yang sama macam ibu-ibu lain di luar sana.
“Saya mahu anak selamat. Bukan apa, mungkin sejak kebelakangan ini saya trauma melihat banyak video yang viral berkaitan anak. Kalau lalu dekat timeline sosial media, saya tak boleh nak tengok, akan skip.
“Saya akan baca kapsyen sahaja, tak sanggup nak tengok. Nauzubillah, minta jauh dari kita semua. Saya rasa ini patut jadi selling point dari pihak sekolah di mana mereka boleh tawarkan sebagai satu pakej.
“Tapi saya tidak mahu orang kata sebab banyak duit kemudian nak akses CCTV. Saya bukan kata CCTV wajib, tapi perlu ada, namun dengan terma dan syarat.
“Pandangan saya secara peribadi, jika ada akses CCTV dari rumah, ibu bapa tidak boleh sesuka hati untuk tunding jari,” kata Neelofa kepada Gempak.
BACA SINI: Bilal Bakal Sekolah! Tapi Neelofa Luah Rasa Kecewa Sebab…
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI Mall, Putrajaya pada Khamis.
Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail (PU Riz) itu berkata tujuan dia menghantar Bilal ke sekolah kerana mahu anaknya itu bersosial dengan kanak-kanak lain.
"Saya ada juga panggil cikgu datang rumah mengajar, kalau dulu tiga kali seminggu datang rumah. Sekarang cikgu datang sekali sahaja ke rumah, hari-hari lain, Bilal akan ke sekolah.
“Saya tetap hantar anak ke sekolah, dia perlu bersosial. Saya pilih sekolah itu pun sebab dekat dengan rumah. Bilal masih kecil, jadi saya tak nak la dia travel jauh hanya untuk pergi ke sekolah,” ujarnya.
Terdahulu, Neelofa seakan meluahkan rasa kecewa berikutan pihak pengurusan sekolah anaknya tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 serta Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.