,
Laman Utama

Ini Sebab Kenapa Rugi Kalau Korang Tak Tonton Rumah Maduku Berhantu

Fiza Kamarudin
13/12/2021
03:01 MYT
Sebut sahaja nama Datuk Profesor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen (P. Tech) pasti kita semua akan teringat pada filem-filem komedi sentuhan beliau yang pernah menjadi fenomena seperti Anak Mami The Movie dan Mami Jarum.
Yang terbaharu, Prof Razak Mohaideen muncul dengan naskah terbaru berjudul Rumah Maduku Berhantu yang dibintangi Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Saiful Apek, Azlee Senario, Douglas Lim dan ramai lagi.
Filem bergenre komedi seram ini sudah mula ditayangkan pada 2 Disember lalu.
Ini sebab korang rugi kalau tak tonton filem Rumah Maduku Berhantu:
#1 Rita Rudaini kembali ke set Prof Razak Mohaideen selepas Mami Jarum Rita Rudaini, mutu lakonannya memang tidak dapat disangkal lagi. Menerusi filem ini Rita membawa watak sebagai Sofea yang menyampaikan lakonannya dalam loghat utara sekaligus mengingatkan kita kepada filem lakonannya yang terdahulu iaitu Mami Jarum dan Mami Jarum Junior.
Rita juga berjaya menterjemahkan mesej yang dibawa menerusi filem ini iaitu ilmu rumah tangga yang sering dipandang ringan oleh generasi masa kini.
#2 Gelagat Zizan Razak ubat rindu peminat Zizan Razak, mendengarkan nama sahaja penonton sudah boleh membayangkan aksi lucunya! Tambahan lagi apabila filem bergenre komedi. Zizan membawa watak sebagai Saufi, seorang agen hartanah yang setia dan bahagia bersama isterinya Sofea serta anak perempuan mereka, Lulu. Masalah di dalam rumah tangga mula berlaku apabila Ali dan Alia muncul secara tiba-tiba kerana mahukan bantuannya.
Aksi spontan Zizan menerusi filem ini pasti dirindui peminat, tambahan lagi Zizan sudah lama tidak muncul di layar lebar dengan watak komedi.
#3 Jalan cerita best penuh aksi-aksi lucu, tak kering gusi Sepanjang menonton filem ini penonton akan terhibur dengan aksi spontan Apek Senario dan Azlee yang membuatkan korang semua tak gering gusi ketawa!
Apatah lagi melihat Saufi yang terpaksa ‘coverline’ dengan Sofea mengenai status dirinya yang sudah berkahwin lagi! Berdebar okay!
Lupakan tekanan kerja, tontonlah Rumah Maduku Berhantu, serius…Hilang sekejap masalah! Tunggu apa lagi, jom ke pawagam berhampiran korang sekarang!
Sinopsis filem: Saufi (Zizan Razak) adalah seorang agen hartanah yang setia dan bahagia bersama isterinya, Sofea (Rita Rudaini) serta anak perempuannya Lulu.
Namun kebahagiaan mereka hanya seketika dan bertukar porak peranda apabila seorang sahabat lama, Ali (Azlee Jaafar) telah memaksa Saufi untuk bersetuju menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini bekas isterinya iaitu Alia (Nadia Brian) untuk satu malam sahaja.
Perkahwinan ‘sementara’ itu antara Saufi dan Alia menjadi bertambah rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan. Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa mereka kini telah bermadu.
Saufi telah menyediakan tempat tinggal isteri keduanya di sebuah rumah banglo usang. Saufi merasai suatu entiti seram mengganggunya di rumah tersebut.
Pelbagai insiden lucu dan seram hampir menyebabkan Saufi pecah tembelang namun beliau tetap cekal berahsia sehinggalah satu malam yang maha mengerikan terjadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Hiburan

Digelar ‘Ikon Ibu Tunggal’ Oleh Netizen, Rita Rudaini Hanya Mahu Jaga Amanah Allah Dengan Baik - “Ada Ramai Lagi Wanita Seperti Saya Yang…”

gempak
26/08/2024
13:55 MYT
Selepas kejayaan putera sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, netizen berpendapat pelakon Rita Rudaini sepatutnya menerima pengiktirafan sebagai ‘Ikon Ibu Tunggal’ atas usahanya membesarkan anak-anak tanpa suami disisi.