gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul? 7 Bintang Mara Ke Pentas Akhir
BERITA
Tangan Dipotong, Ibu Dalam Pantang Maut Dibunuh Suami
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban

gempak
Amri Hassan
08/06/2025
14:45 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
Setiap kali tibanya musim Aidiladha, ibadah korban diraikan dengan semangat pengorbanan dan kebersamaan. Namun di sebalik kemeriahan itu, Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan orang ramai agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi, PHM memberi peringatan tegas agar najis dan organ dalaman haiwan korban tidak dibasuh terus ke dalam sungai – amalan yang dilaporkan masih berlaku saban tahun. Menurut PHM, tindakan ini bukan sahaja mencemarkan sumber air bersih, malah boleh memberi risiko kesihatan kepada komuniti.
“Niat mahu membersih, tapi tindakan ini membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan,” tulis PHM.
PHM menekankan beberapa garis panduan penting yang perlu dipatuhi ketika menguruskan sisa haiwan korban:

Elakkan sebarang aktiviti pelupusan najis, usus atau darah haiwan berhampiran sungai, longkang, atau sumber air awam.Perut dan organ dalaman TIDAK boleh dibasuh di sungai.Laksanakan kerja pembersihan sekurang-kurangnya 50–100 meter dari sumber air.Sediakan lubang najis khas atau tong tertutup, dan kambus selepas digunakan.Sisa buangan seperti najis dan organ hendaklah dibungkus dalam plastik hitam tebal dan dihantar ke tapak pelupusan.Jika mahu ditanam, gali lubang dalam di kawasan yang jauh dari rumah dan sungai, serta pastikan ia tidak dibiarkan terbuka.

Menurut PHM lagi, sungai adalah ekosistem hidup yang memainkan peranan besar dalam kehidupan harian manusia. Setiap pencemaran yang berlaku hari ini akan kembali kepada kita dalam bentuk air minuman, pertanian, dan sumber makanan laut.
“Sungai itu hidup. Ia bukan tong sampah. Dan setiap air yang mengalir akan sampai ke tubuh manusia juga — kita sendiri atau anak kita nanti,” tegas PHM.
Ibadah korban seharusnya menjadi lambang keprihatinan terhadap makhluk lain dan alam sekitar. Jangan biarkan niat murni bertukar menjadi beban kepada alam dan komuniti hanya kerana sikap cuai.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Haiwan
#Sungai
#Korban
#Tegur
#Najis
#Cuci
#PHM
Must-Watch Video