,
Laman Utama

Ini Sebab Kenapa Kedai Manisan Timur Tengah Viral Di Bukit Bintang Disita

Izwan Isa
22/08/2023
00:50 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di laman sosial berkenaan dengan penyitaan kedai manisan timur tengah yang terletak di Bukit Bintang, berhadapan dengan pusat beli-belah Lot10, Kuala Lumpur.
Pernah beberapa kali viral disebabkan aksi kurang molek orang awam yang berinteraksi dengan peniaga kedai berkenaan, ramai beranggapan kedai yang menjual pelbagai manisan itu disita disebabkan aksi-aksi viral berkenaan.
Namun, menerusi kemas kini di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini, penyitaan dilakukan kerana premis berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah untuk sebarang aktiviti menjaja.
Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan), selain aktiviti perniagaan turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.
Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada 19 Ogos di premis terbabit.
Dalam operasi yang dijalankan, satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL dan premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta merta (SEALED) di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Selain itu, dalam operasi yang sama, DBKL turut menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis yang lain. Hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis tersebut telah meletakkan dua meja kayu bulat dan empat kerusi di atas siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.
Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Banggunan 1974.
Sumber: Facebook
BACA: “Sajat Masih Boleh Diisytihar Bankrap & Harta Di Australia Boleh Disita Jika…” – Peguam​
BACA: Harta Disita Gara-Gara Adik Sendiri, Irwansyah Tarik Balik Laporan Polis?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

gempak
09/09/2024
11:23 MYT
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila poster pinjaman wang mendominasi di kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk KLCC, Bukit Bintang, Petaling Street, Pasar Seni dan banyak lagi.
Viral

Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

gempak
09/09/2024
05:37 MYT
Sepotong video memaparkan beberapa individu berarak di sekitar kawasan Bukit Bintang sambil menggayakan baju sedondon persis kumpulan Ah Long mengundang perhatian netizen baru-baru ini.
Berita

Polis Siasat Pasangan Tunggang Skuter Elektrik Di Bukit Bintang

gempak
10/06/2024
18:55 MYT
Polis siasat kes tular dua individu menunggang skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, di sini.
Terkini

Aktiviti Persundalan Semakin Liar Di Bukit Bintang, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan!

gempak
15/04/2024
00:00 MYT
Sebuah hantaran mengenai luahan seorang pengguna X mengenai aktiviti persundalan yang dikatakan semakin berleluasa di sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur mendapat perhatian ramai.
Viral

“I Pondan Oversea Tau!” - Dihalang Masuk Butik, 3 Transgender Mengamuk Tendang Pintu H&M

gempak
12/02/2024
23:55 MYT
Tiga orang transgender tiba-tiba meraih perhatian netizen apabila rakaman video yang menyaksikan mereka mengamuk dan menendang pindu utama butik fesyen H&M tular di media sosial