gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Malek McCrone Bukan Sombong Tapi ‘Gila-Gila’ - “Muka Memang Tak Banyak Senyum, Tapi Bila Dah Kenal…”
KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

"Ini Pentas Comeback, Dua Single Fast Rock Selepas GGV2!" - Mestica

gempak
Amri Hassan
07/05/2018
08:10 MYT
Sponsor Banner
"Ini Pentas Comeback, Dua Single Fast Rock Selepas GGV2!" - Mestica
Biarpun tersingkir pada minggu separuh akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), kumpulan Mestica tidak putus harapan untuk terus berjuang dalam industri muzik nasyid.
Jelas Mestica, mereka bakal melancarkan single terbaharu berjudul Zikir Cinta yang berkonsepkan fast rock.
"Kami sudah siapkan dua single sebelum GGV2 dan perancangan kami untuk melancarkan kedua-dua single ini menjelang Ramadan tahun ini.
"Lagu Zikir Cinta berkonsep fast rock namun masih mengetengahkan zikir munajat.
"Mestica sinonim dengan eksperimentasi muzik. Kalau album pertama kami mengetengahkan pop etnik seperti Dikir Barat, Mak Yong dan Raggae, album kedua pula kami muncul dengan konsep slow rock.
"Kemudian, album ketiga kami menaikkan genre gothic rock. Kami mahukan kepelbagaian dan akan sentiasa mencuba perkara baru serta menghasilkan karya-karya unik dalam konteks nasyid," jelas Mestica.
Menebus kekecewaan tersingkir selangkah ke final GGV2, Mestica pada mulanya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mara hingga ke pusingan separuh akhir.
"Kalau letak harapan tinggi takut kecewa sagat. Tanda aras kami sekadar semi final memandangkan artis yang bertanding pun semuanya berpengalaman.
"Manakala, kami sudah 10 tahun tidak pernah bertanding di pentas besar. Ini pentas comeback kami!" kata Mestica.
Melantunkan lagu Hikmah Kembara (Mirwana), Mestica kecundang bersama Devotees sebelum mara ke pusingan akhir GGV2 minggu depan.
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.
GGV2 akhir akan ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena Ramadan, Ramadan HD (saluran 122).
Konsert final GGV2 bakal membawa tema Gema Akhir dan 6 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#Recap
#GGV2
#Mestica
#Hikmah Kembara
Must-Watch Video