,
Laman Utama

Ini Lapan Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tragedi Letupan Beirut

Mya Amri
06/08/2020
04:29 MYT
Dunia dikejutkan dengan berita satu letupan kuat yang telah menggegarkan kota Beirut, Lubnan pada awal pagi Rabu.
Letupan tersebut telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan hampir separuh bangunan di bandar berkenaan.
Menerusi artikel yang dikongsi oleh Astro Awani, ini lapan fakta tentang kejadian tersebut.
1.Di mana ia berlaku?
Letupan berlaku di kawasan pelabuhan kapal besar di Beirut, berhampiran dengan kawasan tumpuan perniagaan (CBD).
2. Kematian dan kecederaan
Setakat ini, sejumlah 70 kematian dilaporkan dengan lebih 4,000 yang lain cedera.
3. Punca letupan?
Punca utama letupan berkenaan masih dalam siasatan. Bagaimanapun Menteri Hal Ehwal Dalaman Lubnan, Mohammad Fahmi berkata lokasi kejadian merupakan stor simpanan hasil rampasanlebih 2,750 tan ammonium nitrat yang merupakan hasil rampasan sebelum ini.
Ia dikatakan telah disimpan di stor itu sejak 2014, tetapi perincian mengenai mengapa ia dirampas, dari dari siapa atau dari mana, tidak didedahkan sepenuhnya.
4. Apa itu Ammonium Nitrat?
Ammonium nitrat merupakan garam ammonium yang terhasil daripada asid nitrik, satu sebatian yang sangat berbahaya jika masuk ke dalam badan manusia.
Ia digunakan secara meluas dalam penghasilan baja serta bahan letupan dalam sektor perlombongan untuk menghasilkan yis dan antibiotik.
Di Queensland, sebagai contoh, 99 peratus ammonium nitrat digunakan untuk bahan letupan di lombong, manakala 1 peratus untuk penghasilan baja.
Bahan itu boleh menghasilkan tindak balas yang berbahaya jika terdedah kepada bahan tertentu.
5. Adakah ini satu kemalangan? Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkenaan namun Presiden Lebanon Michel Aoun berkata tindakan menyimpan bahan mudah terbakar di dalam gudang berkenaan selama enam tahun tanpa sebarang langkah keselamatan adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.
Jawatankuasa siasatan ditubuhkan untuk mengenal pasti dalang sebenar dalam tempoh lima hari.
6. Adakah ini tindakan sabotaj?
Walaupun ruang udara kawasan itu sering digunakan pesawat perang Israel, namun kerajaan Israel menafikan sebarang penglibatan dalam tragedi itu.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula mendakwa kejadian berkemungkinan satu serangan.
7. Adakah situasi di Beirut masih tidak selamat?
Kedutaan AS di Beirut telah mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat mengenai kemungkinan gas toksik yang terbebas hasil letupan itu.
Orang awam diseru untuk terus tinggal di kediaman masing-masing.
8. Sejauh mana letupan itu dirasai?
Kesan letupan itu dikatakan menghampiri kekuatan gempa bumi 3.5 skala Ritcher, menurut Pusat GeoSains Jerman.
Gegaran boleh dirasai sehingga ke Kepulauan Cyprus, 200 kilometer merentasi Lautan Mediterranean.
Orang awam yang merakam kejadian letupan itu dari 2 kilometer jauhnya, turut tercampak akibat impak yang kuat.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.