,
Berita

“Ini Keadaan Diri Saya Sekarang…”- Azri AF9 Beri Sebab Tak Muncul Selepas Keluar Penjara

Syafiqah Jalal
01/09/2018
02:48 MYT
Selepas dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara pada Mei lalu, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 9 (AF9) akui kurang membuat kemunculannya di media sosial.
Azri AF9 atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 31, berkata bukan kerana tidak mahu mengemas kini media sosialnya seperti di Instagram (IG) tetapi dia akui malu dengan perubahan dirinya.
Menerusi IG miliknya, suami kepada penyanyi Salima itu memuat naik foto terbarunya yang menunjukkan perubafan fizikalnya semakin berisi terutama di bahagian perut.
“Jarang update pape aktiviti kat IG.. bukan tak nak update.. tapi malu dengan perubahan pada diri.
“Ye laa.. semenjak berkahwin dan ada tanggungjawab pada anak2 dan isteri. masa untuk diri sendiri jarang dapat.
“Maka hari ini.. saya akan update perubahan pada diri.. ini keadaan diri saya sekrang..” tulisnya.
Terdahulu, Azri didapati bersalah atas tuduhan mencelup kedua-dua tangan anak perempuan tirinya di dalam air panas sehingga menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke wad selama 19 hari. Dia dipenjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM5,000.
Azri berkahwin dengan penyanyi Salma pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar