,
Hiburan

“Ini Bukan Soal Politik Tapi ...” - Aerosmith Larang Donald Trump Guna Lagu Mereka

Amri Hassan
24/08/2018
04:10 MYT
Vokalis band rock, Aerosmith, Steven Tyler meminta agar Presiden Donald Trump berhenti memainkan lagu-lagu band itu di mana-mana perhimpunan, termasuk perhimpunan yang diadakan di Charleston Civic Center, West Virginia, pada Selasa.
Menerusi laporan Portal NBC, Tyler telah menghantar surat melalui peguamnya, Dina LaPolt, ke White House, mendakwa Trump telah melanggar undang-undang secara sengaja dengan memainkan lagu mereka.
Lagu dendangan Aerosmith, Livin' on the Edge, dimainkan sebagai meraikan ketibaan Trump di dewan berkapasiti 13,500 orang itu.
"Penyiaran lagu itu memberi tanggapan seolah-olah klien kami telah memberikan persetujuannya untuk lagunya dimainkan, dan menghantar mesej seolah-olah klien kami menyokong Trump," kata LaPolt menerusi surat itu.
Tyler menerusi Twitter menegaskan, dia tidak mahu lagunya dimainkan bukan atas alasan politik, sebaliknya melindungi hak cipta.
"Ini bukan tentang politik, Demokrat lawan Republikan. Ini soal hak cipta, sesuatu yang saya perjuangkan sejak dahulu lagi," tulisnya.
Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.