,
Laman Utama

“Ini Bukan Filem My Name Is Khan” - Segelintir Netizen Tak Setuju Azal Kahwin Sebab…

Izwan Isa
11/10/2023
02:50 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini pernah memberitahu yang dia berharap agar suatu hari nanti ada wanita yang sudi mendirikan rumah tangga dengan anaknya, Azal.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas menjaga Azal.
Selain itu, Zarina turut memberitahu yang Azal kini sedang mengenali hati budi seorang wanita Indonesia yang berusia 26 tahun.
Pun begitu, luahan hati Zarina menerima tentang daripada segelintir pengguna media sosial. Menurut seorang individu, agak tidak wajar apabila Zarina mahu anaknya itu mendirikan rumah tangga. “Kita bukan nak menguatkan stigma dan amalkan diskriminasi tapi saya yakin tak ada seorang profesional dalam bidang pun yang akan syorkan anak-anak Puan Zarina ni untuk bernikah berdasarkan evidens yang ada,” tulisnya.
Selain itu, ada juga yang turut berpendapat yang serupa kerana turut mempunyai anak autisme.
“Sebagai seorang ibu kepada anak autisme high function, saya pun tak setuju untuk Zarina benarkan anaknya berkahwin,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga yang memetik nama filem My Name Is Khan, lakonan Shah Rukh Khan dan membuat perbandingan terhadap situasi anak Zarina.
“Ini bukan filem ‘My Name Is Khan’... ini dunia nyata,” katanya.
Filem My Name Is Khan mengisahkan seorang penghidap autisme bernama Rizwan yang terpaksa melalui cabaran hidup di negeri orang yang mempunyai pandangan berbeza terhadap penganut agama Islam.
BACA: [VIDEO] Zarina Zainuddin Beri Pendapat Mengenai Poligami - “Perempuan Kena Reda, Bersyukur Kerana…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"

gempak
28/08/2024
08:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin mengakui berdepan tekanan perasaan gara-gara kecaman diterima akibat berkongsi video perbualan 'adik naik' anak lelakinya, Azal Azrai minggu lalu.
Hiburan

Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

gempak
24/08/2024
09:26 MYT
Selepas mendapat teguran keras daripada netizen gara-gara berkongsi video anak lelakinya, bercerita mengenai keadaan alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan.
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Hiburan

Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM

gempak
27/05/2024
09:25 MYT
Umum sedia maklum yang hari ini merupakan hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 diumumkan.
Viral

Ada Yang Pertikai Anak Terlalu Biadap, Zarina Zainuddin: “Tak Payahlah Nak Terajang Azal, Terajang Akak Dulu… Azal Tu Lurus”

gempak
24/03/2024
01:58 MYT
Zarina mengulas mengenai komen wargamaya di platform X baru-baru ini yang mempersoalkan cara Azal yang dianggap biadap terhadap Zarina ketika berbicara.