,
Hiburan

“Ini Baru Betul Alumni Berjaya” - Netizen Cadang Rizalman Ibrahim Diangkat Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Azwa Rahman
31/03/2020
09:30 MYT
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri tumpuan wargamaya apabila namanya dicadang sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggantikan Datin Vivy Yusof.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @farhuntfadil berkongsi latar belakang Rizalman yang merupakan graduan seni lukis dan seni reka (fesyen) UiTM.
“Lepas ni Lembaga Pengarah UiTM tukar lah Vivy Yusof tu pergi ke Dato Rizalman Ibrahim. Ni baru betul the REAL alumni dan betul-betul respect dan seorang figura berjaya,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan. Selain bergelar graduan fesyen, Rizalman juga cemerlang sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur majlis perkahwinan serta personaliti TV.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan pihak UiTM mempertimbangkan cadangan mereka.
“@uitmofficial tolong pertimbangkan cadangan Ahli Lembaga Pengarah ni. Tolonglah ambil seseorang yang banggakan nama negara, ada sikap dan reputasi yang baik daripada seseorang yang selalu ada gosip dan rendahkan orang lain,” luah seorang wargamaya.
“Dah lama dah rasa tak adil. Dato Rizalman Ibrahim dah jadi alumni UiTM,” kata seorang wargamaya.
“What? Sebelum ni mereka tak nampak ke Rizalman macam mana dalam industri fesyen tempatan?” tanya seorang wargamaya.
“Dato rizalman tak main politik. Kalau tak lebih dari tu dia boleh dapat, dia BFF Raja Permaisuri Agong kot,” kata seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Vivy menerima lantikan jawatan berprestij itu daripada Kementerian Pendidikan pada Mei 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Viral

Mat Salleh Buat Video Graduasi Guna Lagu UiTM Di Hatiku, Netizen Terhibur Lagu Rasmi UiTM Mendonia

gempak
30/06/2024
03:56 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik oleh ‘mat salleh’ memaparkan dirinya ketika di majlis graduasi berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.
Berita

Gara-Gara Kereta Keluar Simpang Secara Melulu, Pelajar UiTM Maut Kemalangan

gempak
24/06/2024
05:02 MYT
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.