,
Laman Utama

Ingkar Notis Temu Siasat, JPJ Minta Bantuan Polis Cari Suami Fatin Afeefa, Opai

Syafiqah Jalal
03/07/2023
02:30 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai sehingga belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.
Ia susulan penggunaan nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.
Justeru Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata kepada Harian Metro, dia akan meminta bantuan polis bagi mengesan Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang bagi membantu siasatan.
"Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.
"Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," katanya.
Beliau percaya Opai masih berada di ibu negara dan menganggap tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar JPJ.
Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'super car' pada sebuah acara pertunjukan kereta, baru-baru ini.
Menurut laporan sebelum ini, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.
Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.