,
Laman Utama

“Ingatkan MRSM..” - Sheikh Muszaphar Bangga 2 Sekolah Harian Berjaya Raih ‘Top 10 Sekolah Terbaik Dunia’

Azwa Rahman
10/06/2022
11:34 MYT
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa bangga apabila dua sekolah biasa di Malaysia tersenarai di dalam ‘sekolah terbaik di dunia’.
Dua sekolah yang berjaya menempatkan diri dalam kategori 10 terbaik itu adalah SMK Kampong Jawa yang terletak di Selangor dan SMK Kempadang, Kuantan, Pahang.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dia menyangkakan sekolah yang terpilih di antara yang terbaik itu terdiri daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ataupun sekolah elit.
“Tahniah kepada dua sekolah terbabit. Saya ingatkan MRSM atau sekolah elit lain yang akan tersenarai,” ujarnya menerusi satu hantaran.
Malah, bapa kepada enam cahaya mata itu mahu ‘turun padang’ melawat dua sekolah terbaik itu.
Pada masa yang sama, beliau turut memberikan penghargaan kepada guru-guru yang berkhidmat di dua sekolah tersebut dan semua pelajarnya.
“Tak pernah dengar nama sekolah-sekolah itu. Nampaknya saya perlu melawat sekolah itu sendiri untuk melihat apakah yang membuatkan sekolah tersebut sangat bagus. Kepada cikgu-cikgu dan semua pelajar, tahniah.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya bekas pelajar dua sekolah tersebut meluahkan rasa bangga mereka apabila dua sekolah biasa berjaya mengharumkan nama negara.
“Alhamdulillah, bangga dapat menjadi sebahagian daripada #smkkj,” tulis seorang wargamaya.
“Sekolah yang hebat datang daripada cikgu yang hebat. Tahniah! Saya sekolah kampung je, tak pernah merasa masuk sekolah best macam mana,” ujar seorang wargamaya.
“Tahniah SMK Kampung Jawa, sekolah anak saya,” kata seorang wargamaya.
“Sekolah top di Malaysia dikuasai oleh SBP tapi rezeki SMK jadi sekolah terbaik. Persaingan yang sihat antara sekolah-sekolah di Malaysia,” puji seorang wargamaya.
“Sekolah saya dulu!!!” Komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Terbang Ke Oxford Untuk Program Kepimpinan, Netizen Ucap Tahniah Pada Anak Gadis Dr Sheikh Muszaphar - “Semoga Terus Sukses”

gempak
17/12/2023
13:58 MYT
Wah tahniah Bella.
Laman Utama

"Pedulikan Cemuhan & Kejian Manusia"- Rita Rudaini Bangga Anak Dapat Anugerah Pengetua MRSM

gempak
13/04/2023
06:46 MYT
Rita Rudaini Bangga Anak Dapat Anugerah Pengetua MRSM
Laman Utama

[VIDEO]: “Alhamdulillah” - Bakal Timang Baby Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Reaksi Anak, Siap Guna Lagu Tema World Cup BTS Jungkook

gempak
02/12/2022
06:47 MYT
Wah anak ketujuh dah ni, meriahnya family nanti. Love!
Laman Utama

Hantar Anak Masuk MRSM, Rita Rudaini Kongsi Rasa Sebak, Bangga - “Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan”

gempak
11/04/2022
23:46 MYT
All the best Airit.
Laman Utama

“Risau Dengan Generasi Akan Datang” - Netizen Bimbang Bila Dapat Tahu Pelajar MRSM Dibuli Sebab Tegur Rakan Tonton Video Lucah

gempak
15/12/2021
08:50 MYT
Semoga jadi pengajaran buat yang lain