,
Laman Utama

Ingatkan Lagu BBNU, Rupa-Rupanya 'Hadiahkan Duka Kepadamu' Lagu Baharu Aizat Amdan!

Izwan Isa
26/05/2023
11:50 MYT
Penyanyi Aizat Amdan mengakui berasa teruja apabila lagu terbaharunya yang berjudul Hadiahkan Duka Kepadamu menerima sambutan hangat dalam kalangan pendengar.
Menurut Aizat, tidak ada apa yang lebih menggembirakan selain dapat memberikan senyuman kepada peminat yang sentiasa menantikan lagu baharu daripadanya sejak dahulu lagi.
“Setiap kali mahu menghasilkan produk baharu, ada beberapa perkara bermain di fikiran termasuklah pertanyaan, adalah lagu baharu ini akan diterima baik oleh mereka atau tidak.
“Tapi apabila melancarkan sahaja lagu ini pada bulan Ramadan lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak. Hilang segala gundah apabila lagu ini mulai disukai oleh peminat dan mula dimainkan oleh stesen radio,” ujarnya.
Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Lagu berentak balada ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Kerasnya Takdir.
Bagi Aizat, apabila Hadiahkan Duka Kepadamu menjadi runut bunyi untuk drama, itu memberikan banyak kelebihan untuk produk berkenaan diterima dengan lebih cepat seterusnya menangkap halwa telinga pendengar yang lain.
“Saya gembira apabila orang mula mengetahui lagu ini sedikit demi sedikit. Ada dalam kalangan peminat yang terkejut apabila mengetahui lagu ini dinyanyikan oleh saya.
“Ada yang anggap lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu dan tak kurang juga yang jatuh cinta kali pertama mendengarkannya. Semua itu memberikan keterujaan kepada saya,” ungkap penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu ini lagi.
Bercerita mengenai kerjasama dengan Ajai pula, Aizat bertemu beberapa kali dengan komposer berkenaan bagi mendengar sendiri lagu berkenaan. Menariknya, dia sendiri jatuh cinta saat demo lagu berkenaan diperdengarkan kepadanya.
Memandangkan ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama, pastinya banyak perbincangan dilakukan demi memastikan kelancaran proses rakaman selepas itu.
“Pastinya saya teruja memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama. Abang Ajai sendiri memang seorang komposer yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan sejumlah lagu yang banyak.
“Sebagai penyanyi saya mahu sampaikan lagu berkenaan sehabis baik. Sejujurnya saya menjadikan lagu ini buah tangan baharu yang akan diminati oleh pendengar seperti lagu-lagu terdahulu,” tambahnya lagi.
Sebagai info, Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Alternate Records dan lagu diedarkan oleh Indigital Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.
Laman Utama

Aizat Amdan, Lain Macam Fesyen Sekarang!

gempak
23/10/2023
13:24 MYT
Aizat Amdan membuat persembahan di konsert Yunaverse.
Laman Utama

“Sosial Media Tak Elok Untuk Saya” - Aizat Amdan Akui Jarang Kongsikan Hal Peribadi Di Internet Sebab…

gempak
18/07/2023
01:50 MYT
Aizat Amdan lebih gemar 'senyap'
Laman Utama

Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Ameng Spring & Aizat Amdan Antara Penyanyi Yang Bakal Meriahkan Pesta Kuantan 188

gempak
17/07/2023
07:50 MYT
Meriahnya!
Laman Utama

Aizat Sah Jadi Suami Elyssa, Rancang Bulan Madu Di Mexico

gempak
14/08/2022
02:46 MYT
Mereka merancang berbulan madu pada November depan