,
Laman Utama

“Ingat Nak Minta Gelang Emas Je…”- Isteri Nubhan Dedah Kisah Disebalik Kejutan Klinik Gigi

Syafiqah Jalal
07/02/2022
09:37 MYT
Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifiah Tawfek terkejut apabila suaminya menghadiahkan sebuah klinik gigi sempena tanda berterima kasih melahirkan anak ketiga mereka.
Dr. Afifah tidak menyangka impiannya untuk memiliki klinik gigi sendiri menjadi kenyataan selepas direalisasikan oleh Nubhan.
“Klinik ni as my push present. Ingat nak minta gelang emas je, sekali klinik dia bagi.
“Mula-mula cerita je hasrat nak ada klinik gigi sendiri. Selalu cerita my ups and down masa study as dental student dulu dan macam mana saya gembira sangat dapat kerja di klinik gigi adik,” beritahunya.
Isteri kepada pelantun lagu Kisah Kasih itu berkongsi mendedahkan cerita sebenar disebalik kejutan yang diterima dua hari lalu.
Pun begitu, Dr Afifah berkata Nubhan sempat memberi pesanan tentang bukan mudahnya menjalankan perniagaan sendiri.
“Tapi suami selalu pesan tak mudah nak business ni. Tak sama macam kerja as a dentist di klinik orang. Banyak yang kena belajar.
“Paling penting hubungan dengan Allah dan keluarga,” ceritanya lagi.
Dr Afifiah memberitahu selepas menerima pelbagai pesanan dari suaminya, dia akui ada timbul perasaan takut dan tidak bersedia untuk membuka klinik pergigian sendiri.
“Terus rasa takut. Terus rasa macam belum tiba masanya lagi nak ada klinik sendiri. Banyak lagi nak kena belajar. Nak build up diri dan keyakinan dulu.
“Bila lihat suami berniaga dari awal sampai sekarang tiada pun bahagian yang mudah.
“Tiba-tiba suami macam ‘tada! Nah klinik you tinggal kerja je’. Saya takt ahu bahagian mana yang suami Nampak saya bersedia,” ujarnya.
Kelmarin, Nubhan membuat kejutan membawa isterinya ke klinik pergigian yang diberi nama Lantara yang dijangka akan dibuka tidak lama lagi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Aafiya Kamilia, 4, dan Ahmad Aaffan, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar