,
Laman Utama

Influencer Lelaki Kerap Pamer Kemewahan Ditemui Mati Dengan Tubuh Dipotong-Potong

Maliah Surip
29/07/2023
12:31 MYT
Misteri kehilangan seorang influencer lelaki popular sejak 19 Julai lalu terjawab apabila beberapa bahagian tubuhnya yang telah dikerat atau dipotong ditemui dalam sebuah beg.
Influencer yang berasal dari Agentina dan dikenali sebagai Fernandez Perez Algaba, 41, terkenal dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang ‘pemain kripto’ yang kerap mempamerkan kemewahan hidup.
Tubuhnya ditemui dalam dua beg berasingan. Beg pertama ditemui oleh sekumpulan kanak-kanak di sebuah padang berdekatan sungai di Ingeniero Budge, Buenos Aires.
Beg berwarna merah itu dipercayai mengandungi anggota badan yang dikenal pasti pihak berkuasa sebagai Perez melalui tatonya sementara sebahagian tubuh lain ditemui dalam beg kedua selepas siasatan dijalankan.
Punca kematian Perez bagaimanapun adalah kerana ditembak sebelum tubuhnya dikerat kepada beberapa bahagian, lapor Marca.
Menurut laporan sama, Perez dipercayai dibunuh kerana terlilit hutang dalam jumlah yang cukup besar. Dia dilaporkan hilang selepas gagal memulangkan kunci apartment yang disewa.
Pendedahan itu dibuat oleh adiknya, Rodolfo Perez Algaba yang terbang ke Buenos Aires untuk mencari abangnya.
Dia mendakwa abangnya bukan penipu namun sedang berdepan masalah ekonomi yang teruk dan membuat beberapa pinjaman dalam jumlah yang besar termasuk daripada agensi di Argentina.
Seorang suspek telah ditangkap dengan pihak berkuasa mengatakan kes jenayah itu akan selesai dalam kadar segera.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.