,
Laman Utama

Industri Fesyen Kembali Meriah, MARA in Fashion Adakan Pertunjukan Hybrid Sasar Lebih 1000 Tetamu!

Asraf Aided
30/10/2021
06:40 MYT
Pengalaman ikonik yang diciptakan oleh MARA dalam MARA in Fashion (MiF) tahun ini pastinya dapat membantu industri fesyen tempatan kita menarik nafas lega dan lebih selesa. Kini, kita dapat hilangkan ‘craving’ terhadap ‘fashion runway’!
Kedatangan pandemik COVID-19 sememangnya memberi impak besar kepada semua lapisan masyarakat.
Untuk lebih spesifik, menurut Indeks Fesyen Global McKinsey, perniagaan pakaian kehilangan lebih dari 93% pendapatan mereka pada tahun 2020 sebagai hasil COVID-19. Dalam beberapa bulan dan tahun mendatang, data akan menjadi sangat penting bagi sektor fesyen untuk mengungkap pandangan yang diperlukan untuk menarik kembali pelanggan.
Sejajar dengan cabaran pandemik sebelum ini dan berdepan ke arah pandemik, MARA memberi ruang kepada para pereka tempatan dan meletakkan fokus kepada cara meningkatkan nilai usahawan dengan menggabungkan usaha pemasaran jenama melalui e-dagang dan media sosial serta transaksi di kedai.
Antara inisiatif lain yang telah dilakukan MiF adalah menyediakan program latihan dan mentoring kepada para pereka dan sesi pendedahan bersama pemain industri fesyen seperti Fizi Woo, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan Rico Rinaldi.
Dalam perkembangan terbaru, sebuah pertunjukan koleksi Ready-to-wear (RTW) MARA in Fashion 2021 yang menampilkan barisan pereka fesyen baru dan lama akan diadakan pada Ahad, 31 Oktober 2021 secara hybrid.
Acara tersebut bakal menggabungkan tetamu yang hadir secara fizikal dan virtual dengan mensasarkan 1000 jemputan dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.
Sementara itu, tetamu yang akan hadir ke acara fizikal pula adalah sekitar 60 orang jemputan.
Antara pereka fesyen yang terlibat dalam MiF adalah Zaimi Zulkafli, Firz Hafiz Sabrand, Syahir Hamdan, Noranis Che Aziz dan ramai lagi.
Peminat fesyen tanah air boleh mendaftar di https://mifrtw2021online.bpuvirtual.com untuk sama-sama menyaksikan pertunjukan fesyen MiF RTW 2021/2022 secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom.
Anda juga boleh layari Instagram mara_in_fashion untuk mengikuti perkembangan dan maklumat terkini berkaitan MiF.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.
Hiburan

Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

gempak
04/09/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan isu pereka fesyen didakwa menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000,.
Hiburan

Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

gempak
28/08/2024
10:25 MYT
Tengah sedap-sedap hirup kopi panas petang tadi, Miss K dapat mesej daripada bestie Miss K, Cik Kuntum Parabola nak sharing gosip.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Dhabitah Sabri Mara Ke Final

gempak
08/08/2024
09:59 MYT
Penerjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir acara 3 meter(m) papan anjal Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Paris sebentar tadi.