,
Laman Utama

Individu Muatnaik Tangkap Layar Dakwa Neelofa Sudah Bernikah, Terkena Minyak Pengasih Dicari!

Fiza Kamarudin
28/12/2020
11:13 MYT
Individu yang juga pemilik akaun Twitter @syamirasafiya02 yang dipercayai pencetus tangkap layar perbualan Whatsapp melibatkan usahawan dan selebriti terkenal Neelofa dan tunangnya PU Riz menjadi tular, dicari.
Menerusi laman sosial Instagram Nadiah Khairuddin (pembantu peribadi Neelofa), memuat naik status di ruangan Insta Story mencari @syamirasafiya02.
Nadiah memohon orang ramai yang mempunya maklumat mengenai wanita yang menyebarkan berita tidak benar mengenai kontroversi melanda Neelofa tampil membantu. Terdahulu, @syamirasafiya02 memuat naik ciapanbersama tangkap layar perbualan Whatsapp menceritakan tentang keadaan Neelofa yang kononnya sudah bernikah dengan PU Riz di Kelantan dan beberapa lagi tuduhan tidak berasas.
Antaranya terkena minyak pengasih PU Riz, dikurung di rumah ibu dan sedang berubat serta memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke dalam akaun tunangnya itu.
Bagaimanapun menerusi pemerhatian Gempak, laman sosial @syamirasafiya02 'hilang dari radar' mungkin sudah dipadam atau dinyah aktif pemiliknya.
Namun tidak mustahil juga jika identiti wanita ini (gambar dan nama) disalahguna individu tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu untuk menyebar fitnah.
Semalam (Ahad) Neelofa tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi sebuah kenyataan media dan rakaman IGTV.
Pemilik jenama Naelofar itu turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Neelofa turut menjelaskan kedua-dua buah keluarga kini sedang berbincang mencari titik penyelesaian.
BACA:
Ibu & Adik Beradik Unfollow, Delete Foto Pertunangan...Viral Whatsapp PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?
Neelofa Nafi Sudah Berkahwin, Beri RM100,000 & Terkena Minyak Pengasih PU Riz
Jawab Dakwaan Karut, Neelofa Tak Jelaskan Status Pertunangan Dengan PU Riz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

“Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz

gempak
02/09/2024
07:55 MYT
Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkongsi pendapat mengenai sikap segelintir manusia yang hanya melihat keburukan seseorang itu.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.