HIBURAN
Imran Ajmain Kongsi Pengalaman Nyanyi Lagu Sedih Di Majlis Perkahwinan - “Saya Rasa Bersalah Sampai…”
Penyanyi, Imran Ajmain berkongsi pengalamannya pernah menyanyikan salah satu lagu sedih di sebuah majlis perkahwinan peminatnya baru-baru ini sehingga membuatkan dia tidak dapat tidur dengan tenang.
Menurut Imran, peminat berkenaan pernah memintanya menyanyikan lagu Dikalung Kasihan semasa majlis perkahwinannya. Walaupun menghormati permintaan tersebut, penyanyi itu turut mengakui dia berasa tidak selesa kerana lagu berkenaan tidak sesuai dengan suasana majlis.
“Fans saya nak saya hadir ke wedding dia dan dia pernah meminta saya menyanyikan lagu Dikalung Kasihan. Benda tu buat saya tidak boleh tidur sebab lagu tu tak sesuai untuk majlis.
“Untuk wedding, kita datang untuk mendoakan pasangan dan hari tu adalah untuk kita meraikan tak mungkin menyanyikan lagu Seribu Tahun lagi dan Dikalung Kasihan. Dia fans macam mana pun saya tetap tidak akan menyanyikan lagu tersebut.
“Biarpun dia bayar saya setimpal dan perlu tambah lagu, saya akan tambah lagu yang bersesuaian pada wedding. Saya buat,” katanya kepada Gempak.
Imran berkata demikian ketika menghadiri majlis Private Listening Party Imran Ajmain’s new album Sila Ambil Perhatian yang berlangsung di The Mankind Barber, TTDI pada Rabu.
Katanya lagi, dia berasa bersalah selepas memenuhi permintaan tersebut sehinggakan terpaksa meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengurusnya.
“Saya memang tak boleh tidur sebab rasa bersalah. Dia suka lagu tu dan minta saya nyanyikan lagu tu dekat majlis dia. Daripada hujung tu, saya cakap dekat manager saya, ‘kenapalah dia minta saya nyanyikan lagu ni, tak best ahh,’” jelasnya.
Bagaimanapun, Imran nekad untuk tidak lagi menyanyikan mana mana lagu sedihnya di majlis perkahwinan walaupun atas permintaan peminat sendiri.
“Lepas kejadian itu, momen nyanyi lagu tu buat saya tidak boleh tidur. Dia buat saya terfikir dan buat saya rasa bersalah gila dimana majlis itu kita perlu mendoakan kebahagian dan meraikan. Lepas ni, saya tidak lagi akan menyanyikan lagu lagu sedih saya di wedding orang,” tegasnya.
BERITA BERKAITAN: Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?
BERITA BERKAITAN: Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain
BERITA BERKAITAN: Padam Dan Pergi, Lagu Imran Ajmain Tentang Hubungan Kompleks Tak Kena Haluan
Must-Watch Video