HIBURAN
"Impian Saya Dimakbulkan Sebelum 'Menutup Mata'" - Zaiton Sameon
Setiap insan pasti menyimpan impian sebelum ‘menutup mata’, begitu juga dengan penyanyi legenda, Zaiton Sameon, apabila impiannya untuk merakamkan lagu baharu akhirnya bakal menjadi kenyataan.
BERITA TRENDING: "Ibu Gembira Sangat, Ada Yang Ingat Pada Ibu" - Zaiton Sameon
Zaiton, yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan itu bersyukur kerana impian ini direalisasikan dengan tajaan penuh oleh pemilik I’Dahlia Corner, Dahliati Aliruddin.Single terbarunya berjudul Reda adalah ciptaan komposer tersohor A. Ali dan penulis lirik Habsah Hassan, sebelum ini tertangguh selama empat tahun.
“Saya sangat bersyukur kerana sebelum ‘tutup mata’, masih ada yang sudi menaja single baharu saya, Reda.
"Lagu ini adalah hasil terakhir arwah A. Ali sebelum pemergiannya. Waktu saya dapat lagu itu, muziknya kosong, hanya ada lirik nukilan Habsah Hassan.
"Tak lama kemudian, A. Ali meninggal dunia, menyebabkan lagu ini terbengkalai.
“Selepas itu, adik angkat saya, Wafa, mengubah sedikit muziknya untuk memberikan lebih ‘touching’ pada lagu ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada penyanyi Elveena Irisa, yang membantu mendapatkan tajaan sebanyak RM12,000 untuk penerbitan Reda oleh komposer Bell Fatah,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Lebih menyentuh hati, lagu Reda amat dekat di jiwa Zaiton kerana senikatanya menggambarkan kerinduannya terhadap arwah anak tunggalnya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar, yang telah meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Batang Kali pada 21 Februari 1990, kira-kira 35 tahun lalu.
“Saya rindu arwah anak saya… Lagu ini cukup menyentuh hati kerana saya dapat luahkan perasaan rindu itu melalui melodi dan liriknya,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Zaiton Sameon Makin Lucu – “Saya Ikut Macam Kawan Baik Saya, Anita Sarawak…”
Pengumuman gembira ini dibuat dalam satu majlis berbuka puasa anjuran I’Dahlia Corner, yang turut menyampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon dan 50 anak yatim dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Keramat.Berkongsi rezeki
Sementara itu, Dahliati Aliruddin menyatakan rasa terharunya apabila mengetahui impian Zaiton untuk merakamkan lagu terakhir sebelum ‘menutup mata’.“Saya dengar Zaiton sebut nak rakam satu lagu sebelum menutup mata. Saya betul-betul tersentuh dan bertekad untuk merealisasikan impiannya. Apa salahnya kita berkongsi rezeki? Lagipun, saya memang peminat tegar Zaiton. Bila ke karaoke, lagu Menaruh Harapan adalah pilihan saya!” katanya.
Menurut Dahliati, rakaman single Reda dijadualkan bermula selepas Hari Raya.
Dalam perkembangan lain, Zaiton turut berkongsi bahawa selain sibuk dengan karier muzik, dia juga aktif menjalankan perniagaan Sambal Bilis Petai dan wangian menggunakan namanya.
“Alhamdulillah, sambal bilis petai saya mendapat sambutan hangat. Tak sampai dua minggu dah habis! Kami masak dua kuali besar sekaligus, setiap pek 300 gram berharga RM29. Resipi ini adalah peninggalan arwah ibu saya, Kamariah Abdul Manap dari Rembau. Saya jual sambal ini sebagai satu kenangan buat ibu.
“Sekarang, peminat dari Sabah, Sarawak dan Brunei pun dah mula menempah. Saya bersyukur kerana rezeki masih ada dalam bulan Ramadan ini,” katanya yang memasarkan produk melalui platform TikTok.
BERITA TRENDING: Zaiton Sameon Tidak Menang Tangan Siapkan Tempahan Petai - "Ramai Kata Sedap"
Turut hadir dalam majlis berbuka puasa itu ialah Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), Datuk Sri Nor Hasnal Hashmi, serta timbalannya, Datuk Shahzelan.Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Datin Ramziela, Elveena Irisa, Zur Eda dan Azura bersama suaminya, Chebb.
Must-Watch Video